Tuesday, October 12, 2010

10.10.10

Cantik betul tarikh tu kan. Time ni lah berebut-rebut orang plan nak kahwin lah, nak beranak lah. Tak kurang juga dengan my cousin Daus, nak bertunang. Congrats Daus and Nor! Korang dah engaged. 1 step before getting married. Takziah pula diucapkan kepada mangsa tragedi kemalangan ngeri melibatkan bas ekspres di KM223 highway PLUS di Simpang Ampat. Walaupun ada banyak peristiwa gembira, ada juga orang yang bersedih kerana kehilangan ahli keluarga. Masa kemalangan berlaku, kitorang satu family agak dekat dengan tempat kejadian. Bersyukur sangat kerana tidak terlibat dalam kemalangan tersebut. Walaupun tersekat dalam jam 2 setengah jam. Kitorang on the way balik dari Ipoh selepas ikut rombongan hantar tanda Daus dan Nor. Eh, sebelum cerita pasal tragedi ni, nak cerita tu dulu pasal rombongan hantar tanda. Cerita gembira baik didahulukan.....

On the way nak pergi Ipoh on 9.10.10. Sofea tak tidur. Dia dodoikan maksu dia lagi adelah.

Ni dekat homestay di Gunung Rapat. Makanan semua disediakan oleh caterer. Lauk2 sedap betul.

Breakfast before pergi majlis bertunang. Makan bihun dan karipap.

Ini hantaran dari pihak lelaki. Suka sangat sirih junjung tu. Cantik sebab pakai fresh flower.

Ini hantaran dari pihak perempuan. Sempat merasa coklat ferrero roche sebiji.

Time ibu pihak lelaki nak sarungkan cincin. Cantik kan tunang Daus. Kecil molek je.

Sofea yang tak reti duduk diam. Orang lain duk dalam rumah. Dia nak merayau kat luar rumah.

Rombongan kami. Kitorang pakat untuk pakai baju pink supaya ikut tema. Tapi ramai yang tak ikut rupanya. Hijau ada, biru ada. Mak yang pakai baju oren tu. Lagi jauh dah nampak.

Sofea pun join makan lauk kenduri. Sedap-sedap lauk dia sebab masak masakan kampung. Jantung pisang sambal belacan pun ada.

Tengah hari selepas majlis selesai, kitorang pun bertolak ke Melaka. Dalam perjalanan tu sempat singgah R&R Tapah untuk beli jambu sebab Encik hubby pesan. Ramai betul orang. Nak pegi toilet pun kena beratur lama. Tapi setiap kejadian, mesti ada hikmahnya. Nasib baik kami terlama sedikit di R&R Tapah kerana ramai orang. Kalo tak ramai orang, mungkin dah awal 5-10minit. By the time sampai tempat tragedi ngeri bas ekspres tu, kitorang tak sampai 1km terkebelakang. Lebih kurang 500m. Time tu pukul 6.50ptg. Tengah abah drive laju, tiba-tiba je kereta semua perlahan dan terbehenti. Ada yang tak nak berhenti, terus masuk lorong kecemasan. Yang ramai buat macam tu driver bas dan lori. Sekejap mata je, keempat-empat lane termasuk lorong kecemasan dah sesak dengan kereta. Sebab tulah ambulans, bomba dan polis semua susah nak bagi bantuan. Polis terpaksa ketuk semua kereta untuk bagi laluan. Adalah dalam 13 ambulans yang bagi bantuan dalam masa 2 jam setengah kitorang menunggu.

Ni dah dekat 2 jam duduk dalam kereta. Ingatkan kemalangan kecil je so takdelah lama sangat. Rupanya kemalangan dasyat yang melibatkan 6 kenderaan, 12 kematian dan 40 orang cedera. Patutlah bila kitorang tanya orang yang pegi tempat tu dia kata mayat berterabur. Aku tak kuasa nak pegi tengok sebab tengah dukung Sofea yang nyenyak tidur. Lagipun malas plak nak jadi reporter.

Orang ramai dah tak tahan nak duduk dalam kereta. Semua ambil angin sambil borak-borak kat luar. Aku maintain duduk dalam kereta sambil menahan diri daripada terkucil. Mana taknya, 3 jam tahan tau. Rasa nak gi toilet dari Sungai besi lagi tapi dah sampai Simpat Ampat abah tak singgah mana-mana R&R pun. Yang tgh pakai contact lense tu adik bongsu aku. Cepat-cepat pakai contact lense sebab nak ikut mak melepas hajat di tepi jalan. Gelap, bukannya orang nampak. Lagipun memang semua orang terpaksa buat macam tu coz tak tahan sangat dah. Abah tak bagi aku join sebab tengah pregnant. Tak elok gi tempat gelap melepaskan hajat.
Korang nampak ke orang-orang yang melepaskan hajat di tepi jalan tu? See, memang tak jelaskan sebab gelap. So, waktu-waktu macam ni tak ape sebab darurat. Hehehehe.....

Gambar-gambar tragedi tu memang aku tak ambil. By the time sampai tempat kejadian, kitorang kena u-turn untuk pergi ke exit Pedas Linggi dan time tu jugaklah bateri kamera habis. Leganya dah dapat u-turn. Time tu pukul 9.15mlm. Terus singgah R&R pedas sbb nak gi toilet dan beli foods. Roti paling laku sampai hampir habis. At first, kitorang plan nak masuk exit Pedas Linggi dan ikut jalan dalam untuk ke Melaka tapi kereta punyalah banyak nak masuk tol tu sampai sesak teruk. Terus buat decision tido Seremban kat rumah makngah. Alhamdulillah....Makngah ada. Sampai rumah makngah dalam pukul 10 malam. Lepas makan, borak-borak, pukul 12 lebih baru tido. Selamat esoknya dapat bangun awal dan sempat pegi kerja kul 8 pagi. On the way balik Melaka memang lalu tempat tragedi. Sepanjang highway banyak kereta rosak sbb mungkin enjin panas sgt jam terlalu lama. Banyak gak sampah-sampah tepi jalan sebab segala jenis makanan dlm kereta terpaksa orang-orang yg kena jam ni makan. Orang Malaysia ni kurang kesedaran sivik, so sampah buang merata-rata. Dekat tempat eksiden tu, aku nampak divider remuk, lepas tu ada beberapa bangkai kereta yang hancur kat dalam parit tepi jalan.

Ermmm...panjang lebar dah entry ni. Itu sajelah ceritanya. Sekian.

1 comment:

faiehoney said...

`zuera,

best x kuching? kalo aku nk dtg..leh recommend tmpt² bercuti?