Thursday, February 4, 2010

Balik kampung

2 minggu lepas kami balik kampung. Bukan 1 kampung je. Sampai 4 kampung sekaligus. Alang-alang balik semenanjung, kitorang jalan sakan.

Day 1: Jumaat (22 Januari 2010)

Hari pertama balik Pasir Mas. Ni kampung husband belah emak. Sejak kawen, nilah 1st time aku balik ke Pasir Mas. Alih2 terus bawak cicit sulong. Kitorang terpaksa naik 2 flight sebab takde direct Airasia Kuching Kelantan. Memang penat panjat tangga kapal terbang. Sofea pulak tak reti duduk diam.

Walaupun Sofea first time jumpa moyang dia, dia ok je. Tak menangis pun. Memang tak takut orang. Maybe dah biase duk kat nursery agaknya.

Day 2: Sabtu (23 Januari 2010)

Pagi-pagi dah breakfast berat. Makan nasi dagang ngan nasi berlauk. Murah betul makanan kat sini. Satu bungkus meal yg complete RM1.50 je. Ni yang best duk kelantan ni. Cost of living murah.

Petang gi shopping sakan kat Pengkalan Kubor. Especially tudung. Nasib baik tak bawak duit seguni. Kalo tak memang kena bayar excess luggage ler time naik flight nanti.

Lepas shopping, kitorang singgah di Pantai Seri Tujuh. Just rehat-rehat sambil makan sotong, ikan, sosej celup tepung dan keropok lekor.

Day 3: Ahad (24 Januari 2010)

Hari ni just pergi Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Shopping serunding dan keropok je. Dapat gak sambar beberapa helai tudung lagi. Tiada gambar sebagai bukti sebab asyik bershopping.

Malam, mak mertua dan nenek masak laksam. Memang favourite aku. Masa pregnant pun mengidam laksam gak. Nasib baik ade satu gerai kat Kuching ni jual masakan Kelantan. Malam tu aku balas dendam sebab masa ngidam tak dapat makan puas2. Masakan kelantan memang sesuai betul dengan tekak aku ni.

Day 4: Isnin (25 Januari 2010)

Last day di Kelantan. Hari ni balik Melaka plak. Bila dapat balik Kelantan lagi agaknya. Selain dapat jumpa atuk nenek mertua, yang best nya dapat shopping ngan makan sedap2.

Sofea bila jumpa mak ngan abah kat airport, mulalah buat muka confuse. Punyelah lama dia tenung muka tok abah dia. Rasa masa macam pernah tengok, tapi di mana ya?

Day 5: Selasa (26 Januari 2010)

Pagi-pagi dah temankan mak masuk wad gynae. Nak buat procedure for investigation je. Sempat jugak singgah jumpa member2 lama kat farmasi.

Pastu kami singgah di Tesco untuk shopping baju tido dan gaun Sofea. Tesco memang tempat wajib lawat setiap kali balik Melaka. Sebelum balik rumah pegi buat monthly check up Sofea kat Klinik Ibu Anak Batu Berendam. Kagum gila sebab takde pesakit lansung. Sofea sorang je. Beza betul dengan check up biasa kat Kuching. Orang Sarawak subur2 ke?

Day 6: Rabu (27 Januari 2010)

Mak punya procedure tu hari ni. Lawat mak sebelum procedure. Lepas tu pegi ke Mydin. Satu lagi tempat wajib lawat bila balik Melaka. Dapat shopping beberapa helai baju Sofea lagi. Baju untuk pakai hari2.

Petang lepas procedure lawat mak lagi. Alhamdulillah mak selamat dan takde masalah yang serius sangat.

Malam selepas makan yong taufu kat Restoran Gelombang Biru, kitorang bawak Sofea ke Klinik Peringgit Point untuk sunat. Sofea sangat happy sebelum, semasa dan selepas sunat. Siap tata tata doktor tu lagi bila nak balik. Aik, tak sakit ke Sofea?

Day 7: Khamis (28 Januari 2010)

Balik Muar semata-mata nak makan mi bandung yang nang nyaman (bahasa sarawak). Lebih best lagi dapat makan dengan tenang dan khusyuk sebab tauke kedai dengan rela hati nak jadi babysitter untuk kami. Sebelum balik Melaka, singgah beli murtabak Singapura yang tebal nagi lazat.

Sampai Melaka singgah Melaka Mall sebab ade Parkson Warehouse Sale. Borong baju jalan untuk Sofea. Banyak betul Sofea dapat baju kali ni sebab mak dia tiba2 gila shopping plak.

Day 8: Jumaat (29 Januari 2010)

Pagi hingga ke petang aku dan hubby terpaksa gi KL sebab ade hal penting. Sofea kena tinggal Melaka dengan hanya 3 botol susu. Ingatkan nak pegi kejap je. Tak sangka plak jam kat KL. Macam tak biasa plak KL memang selalu jam.

Malam dinner kat rumah ibu ayah (aunty aku actually). Ibu masak chicken chop yang nang nyaman juak. Sofea tumpang sekaki sebagai balasan kena tinggal sepanjang siang.

Day 9: Sabtu (30 Januari 2010)

Last day di Semenanjung. Pagi-pagi dah kuar rumah sebab banyak tempat nak pergi. Breakfast hanya di kedai mamak.

Sampai Nilai, kereta adik aku rosak. Selamat rosak kat stesen minyak ESSO. Kalo rosak kat highway lagi haru. At least kat sini kitorang bole lepak-lepak sambil bagi Sofea makan lunch. Lama jugak tersangkut kat Nilai. Tak dapat nak pegi rumah mertua kat Banting dulu before gi kenduri kawen kat Klang.

Sebab teringin sangat nak makan lauk kenduri kawen sejak masa mengandung lagi, aku sanggup ikut abah mak gi Klang dan biarkan hubby dan Sofea tunggu kitorang kat Banting. Sungguh dasyat penangan mengidam ni. Dah beranak pun masih nak tunaikan ngidam tu. Teruk betul! Kenduri kahwin ni sangat meriah. Pengantin lawa, ,makanan pun sedap. Siap ada cendol lagi.

Maksu Syamim ngan Sofea kat rumah Banting

Flight pukul 7 malam, tapi pukul 4 lebih masih di Klang sebab kitorang sesat. Tak tahu camaner nak kuar bandar Klang sebab rasa jalan berbelit-belit. Sampai Banting nak dekat pukul 5. Sempat singgah jap je terus gi KLIA. Tak sempat nak beli kerepek Banting. Selamat lah KLIA Banting dekat je. Kitorang sempat nak check in tapi tak dapat nak salam-salam betul-betul. Takpe mak, next week zura balik Melaka lagi.

*************************************************************************

Balik kampung memang best especially bab makan-makan dan shopping!

3 comments:

Azmir Azlan said...

Terbaek la post kali ni. detailed crite. haha.. sofea comel!!

Unknown said...

zura, aku lak terasa penat bace post ko kali nih. sibuk gile, schedule penuh! hahah..sofea ni bile tgk lama2 ade rupe muizz la zura. bile blk sini lg? bole kenalkan muizz ngan sofea. huhu..

Moments to Remember said...

aku banyak menda nak cite tapi x de mase nak update. sume moments rase mesti kena remember. tu pasal selaku update banyak terus. hehehe. aku x tau balik bila lagi. maybe raya. nanti kalo ade mase bole jumpa muiz yg ade upa sofea ni.