Monday, June 30, 2014

Elmira Alyaa latest update

Salam petang ahad. Hari ni nak bercerita tentang Alyaa. Kesian dia... Anak ketiga tak banyak yang mama rajin nak cerita. Bukan dah tak peduli tapi dah agak buzy dengan macam-macam perkara. Last cerita masa umur dia 1 bulan. Diam tak diam skarang Alyaa dah berusia 1 tahun 4 bulan.

Thursday, January 23, 2014

Jalan-jalan utara

Salam semua!! Dah berabuk blog ni. Last entry 6 bulan lalu. Hahaha.. Dah makin takde moments to remember dah untuk 2013. Maklumlah tahun 2013 tahun penuh dugaan. Tu je yang dapat aku simpulkan. Tapi dalam penuh dugaan tu, Allah Maha Pemurah kerana aku dikurniakan lagi seorang puteri pada 27 Februari dan juga pembantu rumah yang hebat memasak untuk menjaga 3 orang anak aku ni pada birthday aku iaitu ujung November yang lalu. Alhamdulillah...

So, sempena pelbagai dugaan yang dihadapi kami sekeluarga pun bercadang cuti-cuti utara pada hujung Disember. Actually percutian ni pun disebabkan cousin husband aku kahwin dekat Perlis. Alang-alang tu sampai ke Penang, Langkawi, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam kami pergi. Dekat seminggu kitorang tinggalkan rumah. Hehehe.. So layankan je lah gambar. Panjang nau kalo nak cerite (baca dengan nada orang Mekaka ye).
First day singgah Penang sebab nak berjanji temu dengan member baik husband, Encik KP


Sebab utama berjanji temu mestilah sebab nak pekena Mi Udang Sungai Dua. Betul2 ho liou!

Stay dekat Hotel Pearl View Seberang Prai. Reasonable harga dengan servis. Boleh check in sini lagi next time kalo datang Penang. Yang tak bestnya ni sebab takde swimming pool je. Yang lain ok.

Anak-anak dara saya selepas breakfast. Perut kenyang hati senang.

Before ke Perlis, kitorang masuk pulau dulu sebab nak jalan-jalan cari makan. Singgah dulu Taman Kota Lama sejam dua.

Anak-anak dara saya muka monyok sebab panas terik tapi dipaksa bergambar. haha..

Tapi bila suruh duduk diam nak lukis potret oklah plak..


Inilah hasilnya.

Yang lain syok pekena aiskrim. Panaslah katakan..

Haa.. ni bergambar sefamili dalam feri on the way balik semula ke seberang. Hiburkan hati naik feri lepas tersangkut dalam jem berejam2 kat dalam pulau tu. Terlepas peluang nak naik Bukit Bendera tau. Makan lunch pun pukul 4 petang. Sabar jelah....

Sampai Perlis pukul 8 malam. Esoknya majlis bersanding dekat dewan sekolah. Before majlis sempat singgah Padang Besar untuk shopping sebakul dua. Masa wedding tu, tak teringat lansung nak ambil gambar pengantin. Sibuk beratur dekat beraneka gerai ibarat pasar malam untuk makan lauk kenduri kawin. Ada nasi berlauk, mi goreng, kuey teow goreng, apam balik, pisang goreng, memacam lagilah. Yang paling laku tentunya kambing golek. Mewah betul. Terlupa kejap yang aku ni actually datang kenduri kawin. Hehehe.. Sungguh unik!

Peace... Kenangan sebelum naik feri dari Kuala Perlis nak ke Langkawi.

Dah sampai Langkawi. Singgah jap solat dekat Petronas. Tak ingat nama tempat ni.



Ni dekat Gunung Mat Cincang. Nak try naik cable car. Alyaa, dah sedap tido dalam wrap tu.


2 jejaka tersenyum riang sambil buat-buat berani dalam cable car.

Akhirnya, kami sekeluarga sampai kat atas 700 meter dari paras laut.

Yeay!!

Haaa, ni dekat underwater world. Lepas naik cable car terus datang sini. Nasib baik tak tutup lagi...

Esoknya, awal pagi kitorang dah gerak ke pekan Kuah untuk shopping coklat before balik. Feri ke Kuala Perlis pukul 12 tgh hari. Sebab dah puas sangat jalan, petang tu jugak kitorang gerak balik Melaka. Alhamdulillah, gerak dari Perlis pukul 4 petang 31 Disember 2013, sampai Melaka tahun berikutnya. Pukul 1 pagi 1 Januari 2014. Hehehehe....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 1, 2013

Bulan Jun, bulan penghargaan

Alhamdulillah, aku dan encik hubby dapat penghargaan dalam kerjaya kami pada bulan ni. 15 Jun hari tu encik hubby dapat penganugerahan sempena lulus Certified Credit Professional (Business) exam. 27 Jun pulak aku dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Rezeki anak ketiga kami..


Majlis encik hubby di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.


Antara senarai penerima sijil. Nama yang bawah sekali tu kawan kelas masa kat sekolah menengah dulu. Tapi tak datang plak. Lisa oh lisa, kenapalah tak datang pulak..


Kami bermalam di hotel Palace of the Golden Horses.


Bilik kami. Pergi berdua ala-ala honeymoon gitu.


Lebih-lebih lagi bila berbuffet dinner di Hotel Istana. Best gak dapat tinggalkan anak sekali-sekala.

Wah wah, majlis satu je tapi jejak sampai 3 hotel. Hehehe...


Ok, ni masa majlis anugerah perkhidmatan cemerlang.


Tuan punye blog nak berposing sket..

Semoga dengan penghargaan yang kami dapat ini akan terus memberi semangat untuk kerja bersungguh-sungguh. Dan yang penting sekali, kerja dengan ikhlas...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 26, 2013

Nutella Brownies

Guna 3 bahan je. Senang betul. Sebab tu teruja nak cuba bila ramai yang share recipe ni kat facebook. Alang-alang semua bahan dah memang ade kat dapur apa lagi. Mula lah membaking di malam hari..


Nilah bahan-bahan dia. 1 adunan = 1 cawan nutella + 1 biji telur + 5 sudu besar All purpose flour. Memula confused gak all purpose flour tu ape. Hasil bantuan encik google rupanya tepung gandum biasa buat kuih tu je..


Lepas campur semua bahan tu hingga sebati, bakar dalam oven pada suhu 180 degree celcius selama 15 minit.


Tarra... Ni lah hasilnya. Sorry tak reti nak pusing gambar ni. 1 adunan dapat 7 je saiz cup yg untuk cupcake tu


Lepas tu hias sikit dengan saki baki nutella dan kacang badam hancur.


Yummy... Nyum nyum...

Kesimpulannya brownies ni sedap dan mudah di buat. Tapi kos dia agak mahal sebab nutella kan mahal. Apa kata kita cuba pakai peanut butter atau chocolate spread cap Tesco plak..Hehe...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 11, 2013

Hobi baru: Baking

Cuti bersalin 3 bulan baru je berakhir 2 minggu lalu. Bahagia betul dapat cuti dari kerja hakiki lama-lama sambil golek-golek dengan anak. Bila dah lame sangat golek2, mulalah timbul hobi baru. Selain daripada online shopping (ni kira hobi jugak tak?) aku dah terjebak dengan baking membaking. Tu pun sebab nak jimat punye pasal bila nak hantar kek ke taska Nana. Macam entry aku dah cerita sebelum ni. Tapi, hobi ni start lagi sebulan nak naik kerja jadi hasil baking takdelah meriah sangat. At least disebabkan hobi baru ni aku berusaha lengkapkan peralatan baking kat dapur. Bolehlah buat biskut raya 1-2 jenis nanti.


Stand Mixer kenwood pattisier yang baru dibeli dari groupon. Dapat lagi seminggu nak naik kerja. Senang sikit nak buat kek lepas ni. Terima kasih sangat pada adik aku Ani yang berusaha ambil cuti untuk pick up dari groupon. Tak lupa juga adik aku Azmir yang usaha angkut naik bas.


Baking area yang baru diwujudkan supaya lebih mudah dan bersemangat nak baking-baking ni. Hasilnya....


Kek coklat Hari Guru untuk teacher Sofea.


Kek coklat buat hantaran dari pihak lelaki untuk majlis pernikahan Mira dan Fadzly (cousin aku)


My first cupcake. Black bottom cheese cake.


My first cookies, red velvet chocolate chip cookies.


Pembantu setia time baking membaking, Cik Sofea


Fokus betul. Tapi separuh cookies je fokus, lepas tu komplen penat. Mama dia yang kena habiskan.


Ummmm, sedap....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 21, 2013

Sofea 4th birthday

Tahun ni birthday Sofea jatuh pada hari exam tadika. Dasyat, tadika pun ade mid term exam. So celebrate birthday simple-simple je masa kat tadika. Celebrate lepas solat asar.

Macam birthday Nana, kek birthday Sofea pun homemade. Kek coklat jugak sebab budak-budak kan suka makan coklat. Actually tak pandai buat kek lain. Hahaha..


Kek birthday Sofea. Tempah online edible image character cartoon princess. Sofea minta kek princess dengan harapan dapat kek 3D bentuk patung princess tu tapi mama dia ni manalah pandai nak buat kek hebat-hebat macam tu. Dapat image princess pun oklah kan..


Bergambar dengan bestfriend, Fatihah.


Gambar ni buat Sofea nangis bila dia tengok. Baru dia perasan yang actually bestfriend dia yang lebih beria tiup lilin mengalahkan birthday girl. Hahaha..


Cake cutting session.

Buat SOfea, mama doakan Sofea jadi anak yang solehah, rajin dan kakak yang baik untuk adik-adik. Alhamdulillah pada usia 4 tahun ni Sofea dah pandai solat, hafal surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan sedikit surah Yassin dan doa2 ringkas. Rajin juga tolong mama jaga baby Alyaa bila baby nangis. Semoga SOfea terus rajin untuk belajar dan jadi orang yang berguna. Amin..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, May 16, 2013

5th Wedding Anniversary




Alhamdulillah, sudah 5 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata perempuan. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin...


Sejambak bunga dari encik hubby. Thank you so much!

- Posted using BlogPress from my iPhone