Monday, July 1, 2013

Bulan Jun, bulan penghargaan

Alhamdulillah, aku dan encik hubby dapat penghargaan dalam kerjaya kami pada bulan ni. 15 Jun hari tu encik hubby dapat penganugerahan sempena lulus Certified Credit Professional (Business) exam. 27 Jun pulak aku dapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Rezeki anak ketiga kami..


Majlis encik hubby di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.


Antara senarai penerima sijil. Nama yang bawah sekali tu kawan kelas masa kat sekolah menengah dulu. Tapi tak datang plak. Lisa oh lisa, kenapalah tak datang pulak..


Kami bermalam di hotel Palace of the Golden Horses.


Bilik kami. Pergi berdua ala-ala honeymoon gitu.


Lebih-lebih lagi bila berbuffet dinner di Hotel Istana. Best gak dapat tinggalkan anak sekali-sekala.

Wah wah, majlis satu je tapi jejak sampai 3 hotel. Hehehe...


Ok, ni masa majlis anugerah perkhidmatan cemerlang.


Tuan punye blog nak berposing sket..

Semoga dengan penghargaan yang kami dapat ini akan terus memberi semangat untuk kerja bersungguh-sungguh. Dan yang penting sekali, kerja dengan ikhlas...

- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

Sy_Farhana said...

Wah, tahniah Zuera & hubby. Lama nya aku tak baca blog ko (blog sendiri pun tak bukak)