Wednesday, March 20, 2013

Introducing My 3rd Bundle Of Joy...

Salam semua..Dah 4 bulan aku menyepi. Ni first entry untuk tahun 2013. Trimester terakhir pregnancy amat mencabar sampai takde mood lansung nak update blog. 2 kali masuk wad sebab false labor. Time 35 weeks dan 38 weeks. Masa 38 weeks datang ke Hospital memang ingat betul-betul dah nak bersalin sebab contraction kerap, jalan dah bukak 2cm dan baby pun dah term. Nak kasi cepat, aku terus minum air selusuh. Tup tup, contraction berhenti. Seminggu kemudian baru bersalin. Dan sepanjang seminggu tu aku duduk wad. Mak aku cakap aku minum air selusuh awal sangat tu yang tak jadi bersalin. Sepatutnya bila dah sakit betul-betul kuat dan jalan pun dah 5cm, baru boleh minum. Wallahualam...

  
Anak-anak setia melawat mama dia tiap-tiap petang. Aktiviti melawat sambil makan malam aktiviti wajib.


Nana perasan baby. Berusaha nak baring dalam baby cot..

Hidangan breakfast setakat roti 2 keping dan telur sebiji untuk ibu yang sarat mengandung memang tak patut.. Lepas tu confirm lapar balik. Mulalah roger kawan-kawan mintak hantar nasi ayamlah, mihun suplah.. Thanx to all yang sudi melayan karenah mengidam ibu mengandung.

 Nasi untuk lunch atau dinner pun agak ciput. Untuk ibu mengandung yang ade kencing manis maybe sesuai. Hehe...

Now, introducing my 3rd bundle of joy: Elmira Alyaa, 3.3kg who was born on 27th February @ 8.30pm at Hospital Melaka. Alhamdulillah, sakit kuat bersalin kali ni tak lama sangat dan takda epi. Doktor pecahkan air ketuban masa bukaan 4cm waktu Maghrib dan tak sempat masuk waktu Isha' dah bersalin.  

4 jam selepas dilahirkan
First time mandi masa dekat wad..

Day 1 of life tido je kerja. Taknak minum susu sampai tak kencing-kencing eventhough nak dekat 24 jam dilahirkan. Luckily Alyaa kencing lagi setengah jam nak cukup 24 jam. Kalo tak kena tahan wad sebab masalah kencing. Buat suspen mama je.

 Day 4 of life, kena tahan wad sebab jaundice. Bacaan TSB = 15.9. Discaj esoknya bila bacaan turun jadi 14.4. Berat masa admitted, 3.15kg.

Day 7, rambut kena cukur oleh atuknya

Day 8 of life, admitted kali kedua. Baccan TSB di Klinik kesihatan 15.3 tapi dekat hospital 19.7. Kesian Alyaa kena double photo atas bawah. Bacaan TSB masa discaj 11.2. Berat Alyaa masa 2nd admission, 3.2kg. 

 Muka Alyaa makin kecik plak, bukan makin bambam. Mama pelik kenapa berat Alyaa tak naik-naik sedangkan kuat menyusu.

Day 17 of life, warded kali ke 3 sebab prolonged jaundice. Bacaan TSB kat Klinik kesihatan = 15.0 tapi dkat hospital = 18.6. Walaupun bacaan tinggi macam ni, Alyaa tak kena duduk bawah lampu sebab umur dah lebih 2 minggu. Doktor cakap dah tak bahaya lagi sebab lebih 2 minggu kuning tak akan effect otak.  Kali ni Alyaa kena duduk bilik isolation disebabkan ada hingus.

 Muka yang semakin mengecil. Berat makin menurun, kali ni admitted berat = 3.04kg. Why? Susu aku sikit ke? Tapi banyak je bila pam. Susu tak cukup zat ke? Tapi aku makan banyak sampai berat aku tak turun2. Pelik.....

Skarang Alyaa dah berusia 22 hari. Ada separuh perjalanan untuk berpantang. Hopefully kuning Alyaa beransur hilang dan naik berat badan dengan jayanya. Amin....

Wednesday, November 21, 2012

Lisa De Inn Hotel

Check in hotel ni sebab ada meeting dekat Bahagian Perkhidmatan Farmasi, PJ. Sangat puas hati dengan rate yg berpatutan. Dekat sangat dengan tempat meeting. Tu yang penting. Boleh check in hotel ni lagi kalo ade meeting kat PJ.


Spacious sangat. King size bed for deluxe special room. Rm190/ night including 2 person breakfast. Kalo superior room Rm135 pernight tapi dah penuh tu yang ambil deluxe special. Breakfast dia oklah...


Siap ada sofa set


Toilet pun bersih, besar dan selesa.

Ok, itu sahaja review hotel kali ini..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 4, 2012

Random update

Salam semua. 4 bulan menyepi diri. Busy betul rasanya bila kerja berlambak, maid dah tak ada. So far berjaya survive about 6 months without maid. Ada pro dan kontra hidup tanpa maid. Supayae sentiasa positif, aku fikir banyak pro banding kontra nya.

Update kali ini cerita bergambar je. Summary dari bulan 7 sampai sekarang. 4 bulan sekali je entry. Hahaha..


Ni dalam bulan 7, before fasting month. Naik Menara Taming sari buat pertama kali lepas balik kerja. Itupun sebab bawak kawan dari Sarawak yg buat attachment kat Hosp Melaka. Kalau tak memang tak akan jejak punya.


Jalan-jalan ke KL bird park. A week before fasting month. Kebetulan ada kursus dekat Hotel Mandarin Oriental KLCC. Sangat panas dan burung2 bagi aku sama je. Encik hubby tak suka..


Bilik Hotel Mandarin Oriental. Sangat comfy. Dahlah sebelah KLCC je. Mana taknya, RM600 per night. Kalo suruh aku sendiri bayar, memang tak duduk punya..


Anak-anak jakun. Dari bilik je dah boleh nampak park KLCC.


Encik hubby masa buka puasa dekat Holiday Inn Melaka. Time ni aku takde selera makan lansung. Morning sickness untuk pregnancy kali ni teruk betul. Hilang 6kg dlm masa 3 minggu. Buat rugi je pegi buffet.


Raya Aidilfitri tahun ini. Turn kampung husband di Banting.


Buat pertama kali, Faie dan family datang beraya rumah aku. Thanx faie..


Penutup raya. Open house rumah Gie dan Ariff di Bangi..


Bersama geng pharmacist Hosp Melaka kat rumah Mardhi. Beropen house di bulan Zulkaedah. Hahaha...


Burger bakar 'burger bakar dahsyat'. Dahsyat wooo..


Last month, bawak anak-anak pegi Zoo Melaka sebab diorang boring mama nya asyik kursus & keja je time weekend.


Ni kejadian last week. Masa raya haji. Celebrate birthday Fasihah.


Anak-anak sakan melaram dengan birthday present Fasihah. Buat macam harta sendiri plak.


Last photo, me latest dengan perut 5 1/2 bulan bersama Dennis di OPD pharmacy. Ambil gambar kenangan dengan Dennis sempena his last day as gov servant. All the best Dennis.

Itu saja cerita kali ini. Jumpa lagi di lain entry. Tak tau bila lagi. Hehehe. Entry ni di buat pun sebab lama sangat nak tunggu turn untuk scan baby gender. Boy or girl?

Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 3, 2012

Diana warded










- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 28, 2012

Birthday party Sofea @ Taska

Salam semua. Dah lama betul aku tak update blog ni. Macam-macam cerita kalo nak cerita tapi tak berkesempatan nak mengadap blog ni. Ada satu entry dah lama betul terperap kat draft. Tak publish-publish lebih 1 bulan. Nak cerita tentang birthday party Sofea yang ke 3 kat taska pada 21 Mei lepas. Buat kecik-kecik je. Eh, apsal Sofea duk taska plak. Dulu kan duduk rumah je. Jadi malam ni aku nak announce yang aku dah hidup bebas tanpa maid selama hampir 3 bulan. Yeay! Dengan baik hati nya, aku sebagai majikan dah bawa maid aku sama-sama bercuti ke Bandung dan Bandung tu actually kampung halaman dia. Apa lagi, dah balik kampung tu, dia cari alasan taknak balik sini. Jadi, rugilah aku sefamili sebab kontrak dia ada 1 tahun lagi. :( Eh, melencong plak aku. Meh cerita yang happy balik. Untuk birthday Sofea, aku buat sendiri kek birthday. Jimat kos sket. Dah berabis duit shopping kat Bandung katakan. Hahaha... Untuk makanan, mak aku masak bihun goreng dan nugget. Goodies bag plak aku bagi air kotak, roti krim gardenia dan honey star. Taknak bagi keropok atau gula-gula sebab mcm tak sihat je untuk budak-budak.

 Bahan-bahan buat kek Birthday Sofea. Ni sebagai bukti yang kek ni homemade. 

 
 Inilah hasil daripada pembuat kek amatur. Kek coklat kukus ber m&m. Macam beli kat kedai tak?

Bihun goreng dan nugget yang atuk mak sediakan. Yang coklat gelap sikit tu cekodok pisang. Saja nak kasi banyak sikit makanan tapi kos murah.

 Ni dekat taska Sofea dan Diana. Nana pun dapat satu kek supaya diorang tak berebut.

 Ni bukan acara memotong kek oleh Nana ye... Nana pulak yang over excited mengalahkan Birthday girl sebenar.

 Atuk mak tukang potong kek, Sofea tukang agih-agihkan. Dah besar Sofea ye...

 Sofea lebih excited nak makan bunga daripada kek

Diana pun sepesen je...
 
Encik hubby yang turut meraikan...
 
Last sekali, berlaku plak jejak kasih antara kitorang dengan anak sepupu aku Nora. Yang mak aku dukung tu anak sepupu aku yang sebelum ni ikut papa dia study kat Belgium selama 6 bulan. Aku ni tak tahu pun yang diorang dah balik Malaysia dan hantar anak bongsu diorang dekat taska yang sama. Rupa-rupanya anak-anak aku ada sedara setaska. Baguslah...

Thursday, May 17, 2012

Happy 4th Anniversary abang...

Always and forever … that’s how long I’ll love you. Happy Anniversary, Darling!

Wednesday, May 9, 2012

Ww: Homemade beef steak with blackpepper & mushroom sauce






My first attempt for yesterday dinner. Alhamdulillah jadi....

- Posted using BlogPress from my iPhone