Wednesday, March 20, 2013

Introducing My 3rd Bundle Of Joy...

Salam semua..Dah 4 bulan aku menyepi. Ni first entry untuk tahun 2013. Trimester terakhir pregnancy amat mencabar sampai takde mood lansung nak update blog. 2 kali masuk wad sebab false labor. Time 35 weeks dan 38 weeks. Masa 38 weeks datang ke Hospital memang ingat betul-betul dah nak bersalin sebab contraction kerap, jalan dah bukak 2cm dan baby pun dah term. Nak kasi cepat, aku terus minum air selusuh. Tup tup, contraction berhenti. Seminggu kemudian baru bersalin. Dan sepanjang seminggu tu aku duduk wad. Mak aku cakap aku minum air selusuh awal sangat tu yang tak jadi bersalin. Sepatutnya bila dah sakit betul-betul kuat dan jalan pun dah 5cm, baru boleh minum. Wallahualam...

  
Anak-anak setia melawat mama dia tiap-tiap petang. Aktiviti melawat sambil makan malam aktiviti wajib.


Nana perasan baby. Berusaha nak baring dalam baby cot..

Hidangan breakfast setakat roti 2 keping dan telur sebiji untuk ibu yang sarat mengandung memang tak patut.. Lepas tu confirm lapar balik. Mulalah roger kawan-kawan mintak hantar nasi ayamlah, mihun suplah.. Thanx to all yang sudi melayan karenah mengidam ibu mengandung.

 Nasi untuk lunch atau dinner pun agak ciput. Untuk ibu mengandung yang ade kencing manis maybe sesuai. Hehe...

Now, introducing my 3rd bundle of joy: Elmira Alyaa, 3.3kg who was born on 27th February @ 8.30pm at Hospital Melaka. Alhamdulillah, sakit kuat bersalin kali ni tak lama sangat dan takda epi. Doktor pecahkan air ketuban masa bukaan 4cm waktu Maghrib dan tak sempat masuk waktu Isha' dah bersalin.  

4 jam selepas dilahirkan
First time mandi masa dekat wad..

Day 1 of life tido je kerja. Taknak minum susu sampai tak kencing-kencing eventhough nak dekat 24 jam dilahirkan. Luckily Alyaa kencing lagi setengah jam nak cukup 24 jam. Kalo tak kena tahan wad sebab masalah kencing. Buat suspen mama je.

 Day 4 of life, kena tahan wad sebab jaundice. Bacaan TSB = 15.9. Discaj esoknya bila bacaan turun jadi 14.4. Berat masa admitted, 3.15kg.

Day 7, rambut kena cukur oleh atuknya

Day 8 of life, admitted kali kedua. Baccan TSB di Klinik kesihatan 15.3 tapi dekat hospital 19.7. Kesian Alyaa kena double photo atas bawah. Bacaan TSB masa discaj 11.2. Berat Alyaa masa 2nd admission, 3.2kg. 

 Muka Alyaa makin kecik plak, bukan makin bambam. Mama pelik kenapa berat Alyaa tak naik-naik sedangkan kuat menyusu.

Day 17 of life, warded kali ke 3 sebab prolonged jaundice. Bacaan TSB kat Klinik kesihatan = 15.0 tapi dkat hospital = 18.6. Walaupun bacaan tinggi macam ni, Alyaa tak kena duduk bawah lampu sebab umur dah lebih 2 minggu. Doktor cakap dah tak bahaya lagi sebab lebih 2 minggu kuning tak akan effect otak.  Kali ni Alyaa kena duduk bilik isolation disebabkan ada hingus.

 Muka yang semakin mengecil. Berat makin menurun, kali ni admitted berat = 3.04kg. Why? Susu aku sikit ke? Tapi banyak je bila pam. Susu tak cukup zat ke? Tapi aku makan banyak sampai berat aku tak turun2. Pelik.....

Skarang Alyaa dah berusia 22 hari. Ada separuh perjalanan untuk berpantang. Hopefully kuning Alyaa beransur hilang dan naik berat badan dengan jayanya. Amin....

No comments: