Monday, March 5, 2012

Jalan-jalan Kuala Lumpur

Aku ni bukan orang KL, so sekali sekala jalan-jalan dekat KL ni seronok gak. Nak tinggal dekat KL ni memang tak sanggup sebab jem je memanjang. Tapi setakat jalan-jalan weekend tu ok lah. Lagipun Melaka KL dekat je. 1 jam setengah drive dah sampai...

So Ahad haritu kul 7.30 pagi lagi dah bertolak ke KL. Semangat gila. Selalunya nak gi kerja pun tak seawal tu. Keluar awal sebab nak gi Zoo Negara. Alang-alang majlis kenduri kahwin kawan dekat Tmn Melawati. Memang dekatlah dengan zoo.




Naik tram aje sebab malas nak jalan.




Actually nak ambil gambar harimau, tapi menyoroklah plak time capture ni




Nana senyum simpul. Cute!




Aku plak yang jadi macam bibik haritu sebab Diana taknak duduk dalam stroller. Cool jugak nampak aku kendong Diana camtu. Hehehehhe.




Sofea yang tiba-tiba posing time aku tengah ambil gambar show tu.




Memang Diana betul2 taknak duduk dalam stroller. Kena pikul kat bahu lagi syok...




Kakak Sofea plak yang duduk. Dah letih kaki lah tu...

Lepas jalan-jalan kat Zoo Negara, kitorang singgah UIA Gombak jap. Bukan nak imbau nostalgia (tu memang dah selalu sangat) tapi aku nak tukar baju kurung. Tak senonoh plak gi kenduri pakai jeans.




Dengan geng-geng uni dulu. Sorry gambar tak clear. Aku pakai camera cap 'Iphone' je. Nak tengok gambar yang lebih celar, sila click kat gambar tu.




Lepas majlis, zasssss......Terus kitorang gi KLCC lepak-lepak minum kopi. Buy 1 free 1. Oklah kan...




 Hasil pujukan Sofea dekat Toys R us KLCC. Lembut betul nada suara dia "Mamaaaa....Fea nak main masak-masak boleh? Nak main masak-masaklaaaaa..." Terus belikan sampai tertinggal Debit Card Maybank kat cashier counter. Bila balik Melaka baru terperasan. Tak dapat keluarkan duitlah buat masa ni. Aduisshhh...

- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

Azmir Azlan said...

Hahaha.. serius sofea dah reti cakap macam tu? bahaya ni! hahaha