Saturday, February 4, 2012

Cloth diapers kembali

Salam semua. Hari ni nak cerita kegilaan aku skang. Pasal cloth diapers. Sebelum bersalin kan Sofea dekat 3 tahun dulu aku pernah berkobar-kobar nak meng'cloth diapers'kan anak-anak aku. Macam dalam entry ni.Tapi bila Sofea dah lahir, gagal jugak misi aku tu. First sebab hantar Sofea kat nursery, jadi pengasuh kat nursery malas nak layan. Secondly, asyik bocor aje. Maybe sebab aku letak insert tak berapa betul kot. Lastly reason yang baik punya sebab aku malas nak cuci. Ada 6 helai je so hari-hari kena cuci. Lagipun tak sempat nak kering. Nak tambah stok rasa tak berbaloi sebab aku dah kurang keyakinan pada cd.

Bila anak dah 2 ni, aku rasa beli disposable diapers agak membebankan. Dahlah Sofea masih pakai pampers jadi aku kena beli 2 size. Lepas tu asyik nak kena cek stok cukup ke tak. Tong sampah pun cepat penuh dengan pampers anak-anak. Jadi aku pun try pakaikan cd semula pada diorang. Maid aku pun willing nak basuh tangan hari-hari sebab dia kata lagi senang. Dia siap cakap lagi, kenapa masa Diana baru lahir lagi tak bagitau dia pasal cd. Kalo tak dah lama jimat. Ni dah 9 bulan baru nak start. Selamat sekarang dah ada maid. Hehehe... Buat pengetahuan korang, Diana je yang berjaya pakai cd dan tak pernah bocor pun waktu malam. Kalo Sofea, sekali kencing dah tembus. Kencing banyak dah macam orang tua kot. Cepat-cepatlah belajar tak pakai pampers Sofea oi....

6 cd yang aku mula beli 3 tahun dulu brand Coolababy. Brand China sebab tu murah berbanding brand lain. Oklah untuk aku yang baru nak berjinak dengan cd. Harga dalam RM28 sekeping.

CD coolababy.

Ini rupa cd dengan lebih dekat dan terperinci bagi sesiapa yang tak pernah tahu pasal cd ni. Aku pakai jenis yang pocket seperti di atas. Ada macam-macam jenis lagi tau...

Bulan lepas aku beli lagi 5 CD dari sentuhan bayu. Gambar CD tu seperti kat atas kecuali yang warna purple, biru muda dan hitam. CD tu plak jenis velcro bukan snap button.

Antara koleksi cd diana


Diana dengan cd coolababy.


Tidur selesa dengan cd sentuhan bayu (actually brand sebenar babyland. Dari China gak)

Skang dah order lagi 4 cd jenis snap button supaya jumlah koleksi cd yang aku ada sebanyak 15 keping. Semoga lebih istiqamah ber'cd' lepas ni. Korang semua macammana? Ada yang pakaikan anak cd tak?

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: