Friday, September 30, 2011

Diana kena rashes

Isnin hari tu, aku balik rumah waktu lunch. Tengok diana sedap je tidur meniarap. Malas nak kacau sebab tengah nyenyak. Alih-alih time nak gi kerja semula dia dah tersedar. Barulah perasan yang muka ngan badan dia merah-merah semacam je. Sebelum ni ingatkan campak tapi bintik2 merah kali ni memang bukan campak. Kenal sangat dengan allergic rashes sebab Sofea dulu ada eczema.


Ni gambar sehari sebelum kejadian. Dah memang merah 1 badan. Tapi budak ni aktif aje...





Ni gambar di hari kejadian. Merah-merah tu nampak timbul dan gatal. So apa lagi. Cepat-cepat bawak gi klinik.


Dapat rawatan special dari doktor. Kena cek sampai naik atas meja. Macam kenal je doktor ni...


Doktor a.k.a atok kasi sofea test dengar degupan jantung sendiri.


Turn atok pulak kena cek ngan Sofea. Harap-harap jadi doktor macam atok lah ye...

Bila cek, memang confirm lah alergic. Bukannya campak. Aku rasa alergic ubat antibiotik sebab ubat tu on je badan diana merah-merah. So lepas ni diana tak boleh makan ubat tu lagi.


Muka diana lepas sapu calamine lotion. Dah macam pakai bedak sejuk plak.


Saya dah tak gatal lagi...

Posted using BlogPress from my iPhone


No comments: