Saturday, June 19, 2010

Bila anak sakit...

Hati si emak sangat risau, keliru dan celaru. Mestilah risau sebab anak sakitkan. Tengok dia melepek je tak aktif. Demam plak tak kebah-kebah. Batuk tak berhenti-henti. Hingus asyik meleleh je. Tapi kenapa pulak nak keliru dan celaru ni? Mana tak keliru, duk pikir nak gi keja jugak ke atau nak ambil cuti jaga anak? Bagi aku inilah dilema seorang emak yang berkerjaya. Betul tak? Ke aku sorang je yang ade dilema cam tu?

This week aku memang sangat tak produktif dalam kerja. Tersangat-sangat. Isnin sampai Rabu aku sakit mata. So dah sah-sah 3 hari berehat kat rumah supaya tak berjangkit kat orang lain. Sofea aku hantar nursery gak dengan harapan dia tak berjangkit dari aku. Tapi hari Selasa tu dia plak sakit. Bukan sakit mata, tapi demam selesema dan batuk. Nasib baik sick leave so Rabu tu aku jaga dia je kat rumah. Hari tu pun kitorang tinggal berdua je sebab husband gi kursus 2 hari kat KL.

Aku punya dilema start hari Khamis. Hari tu dah start keja. Sofea masih gak demam. Cammane nak buat? Nak ambil cuti, baru je sick leave 3 hari. Nak bawak gi klinik panel husband, bukak kul 8.30 pagi. Nanti of course sampai tempat kerja lambat dan memang susah cari parking. Pepaham lah. Hospital kerajaan...Last2 aku decide pegi jugak keja tapi before tu bawa Sofea ke staff clinic kat Hospital. Aku masuk keja pukul 8.30pagi tapi before pukul 7.30 aku dah sampai supaya dapat nombor awal. Tapi rasa mcm penat je dtg awal. Dapat nombor giliran yang ke 3 tapi jumpa doktor kul 9.30. 2 jam menunggu sebab doktor kat clinic tu sick leave plak. Doktor yang ganti tu plak jarang tengok patient sebab skang dia buat keja admin je. So, memang aku rasa sangat tak confidence dengan doktor tu. Bole plak depan2 aku tanya cammane nak tulis kat prescription. Berapa dos? Ubat ape nak bagi? Antibiotik kata nak bagi tapi tak bagi. Kalo tau camtu, takdelah penat aku tunggu sampai 2 jam last2 aku sendiri decide ubat apa nak bagi.

Lepas gi klinik, hantar Sofea ke nursery. Punyalah melalak bila kena hantar nursery. Rasa macam tak sampai hati plak tinggalkan budak demam suruh orang nursery jaga. Mulalah rasa bersalah sebab tak boleh jaga anak sendiri time sakit. Disebabkan perasaan camtu, kat tempat kerja pun cam tak bole nak focus. So, lunch hour cepat2 pegi lawat sofea kat nursery. Rupa2 nya Sofea baru je berenti nangis. Lama gak menangis. Dekat 2 jam. Lepas tu taknak tido, taknak minum susu. Ish...ishh..ish....Nasib baik aku pegi lawat dia. Bila aku susukan dia, barulah dia tertido.

Lepas balik keja, ambil Sofea. Sampai-sampai nursery dia tengah melalak lagi. Aku tengok muka dia penuh rambut sebab habit baru dia yang suka tarik rambut sendiri pastu masukkan dalam mulut. Alahai Sofea, macam mane rambut nak lebat kalo asyik cabut je? Sapu minyak kelapa dara berkoyan-koyan pun tak berkesan kalo pastu rambut yang tumbuh kena cabut.

Malam tu tido agak awal. Dalam kul 8.30 malam dah tido. Tapi pastu dalam kul 10.30 aku terjaga balik sebab rasa macam tengah tido sambil bertungku. Sofea tido sebelah aku je then aku rasa badan dia panas gila. Haba badan dia buat aku sampai terbangun dari tido. Cek-cek temperature 39.4 degree celcius. Wahh, memang tinggi. Cepat-cepat aku bagi panadol, lap-lap kan badan dengan kain lembap. Lepas tu aku blank. Tak tau nak buat ape lagi. Dahle berdua dengan dia je tanpa hubby di sisi. Sedara mara apatah lagi. Time tu boleh lak terpikir, "Ni yang kena balik semenanjung. Senang. Sedara mara ramai. Parents dekat". Huaaa....sedih.

Dalam kul 11.30 malam aku decide pegi bawak Sofea ke Hospital Normah. Tu pun lepas consult ngan abah sebab temperature tinggi sangat. Takut plak kena fit nanti. Aku dahlah tak pernah drive tengah malam. Berdua ngan anak je plak tu. (Asyik2 bagitau berdua dengan anak je kan? Tu statement penting sebab nak tunjukkan survival aku. Hehehehe...). Pegi sana, service bagus, doktor pun bagi consultation dan ubat yang menyenangkan hati aku. Alhamdulillah..... Kat hospital temperature Sofea 38.3. Masih tinggi. Tapi ada improvement lepas bagi panadol dan buat sponging. Dia pun nampak aktif sket.

Bila dah ok sket, tak reti duduk diam. Asyik nak duduk mencangkung sambil mengelap lantai dengan towel kecik lap hingus dia.

Lepas bosan lap lantai, lap pulak wheelchair.

Sampai je rumah, terus bagi Sofea makan antibiotik ngan ubat batuk and dia pun tido balik. Tapi lepas tu setiap jam dia bangun. Mula-mula bangun tengok jantung dia laju sangat. Mungkin kesan ubat batuk salbutamol expectorant tu. Memang bole buat palpitation. Pastu bangun tengok dia menggigil plak. Cek temperature masih 38.4. Bagi dia makan panadol lagi. Pastu bangun nak susu, lepas tu muntah............

Budak demam yang kena tido atas towel. Sebab muntah tengah malam, tak larat aku nak tukar cadar. Just bersihkan muntah dan lapik dengan towel je.

Bangus esok pagi, aku memang flat gila. Dengan tak cukup tido malam, Sofea aku tengok masih lagi demam dan melepek je, terpaksa aku decide mintak EL dari bos. So, this week, aku keja 1 hari je. Aku tak sanggup biarkan orang nursery jaga dia time demam. Lagipun kalo keja pun memang tak bole focus. Sepanjang hari tu dia plak taknak makan. Asyik nak bergayut je. Nasib baik jugaklah masih nak susu. Lepas beberapa dos antibiotik, demam dia pun dah kebah. Syukur, Alhamdulillah......

Bila dah jadi emak, barulah terasa pengorbanan emak kita dari kita kecik sampai sekarang kan. Especially kalo emak yang berkerjaya. Terpaksa ambil cuti nak jaga kita. Korang macamane. Ada dilema macam aku tak?



5 comments:

Unknown said...

zura,of course la dilema ko ni aku penah rasa. kalo anak demam mmg tak sanggup nak bg org jaga kan..sehari dua bolela mc, tapi kalo 4-5 hari?mase tu la rase mcm nak benti keje jd housewife je..

ween said...

eh, tu sofea ke? wah knapa rambut dia mcm tiba2 lebat & panjang. berkesan gak eh minyak kelapa dara tu :D

sofea, maksu miss u..

Moments to Remember said...

mesun,
tulah, bila jadi camni terasa nk jd housewife.

ween,
maybe minyak tu ade kesan. tp side effect dia kepala sofea gatal kot. asyik nk cabut rambut je.

Azmir Azlan said...

siannye sofea.. btw kaklong, amir nk minyak klape dara tu. hehe

hasya_rmshy said...

oohh...bl anak demam...mmg xkeruan..aku pn mcmtuh.. tak mc..EL... terpaksa... sb bkn blh keje pn kl gi keje.. ingat dier skt jer... cane sofia skang??? hope so dh sembuh...