Lari topik jap... Apa yang diidamkan ni ek? Ni dia..........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dining table for 6 person!
Akhirnya dapat gak dining table untuk 6 orang. Kenapa dapat? Sebab hubby yang belikan. Hehehehe...Thanx abang! Dan dining table ni pun pilihan hubby sendiri. Meja marble. Confirm berat. Memula rasa cam nak beli dining table biasa-biasa je. Yalah, kitorang ni kan duk kat Kuching sementara waktu. Satu kerja plak nak angkut baik semenanjung. Tapi dah alang-alang beli, terus beli jelah yang betul2 punya.
Dah ada meja besar sikit, lepas ni bolelah ajak orang datang makan kat rumah. Kalo tidak rasa sangat kesian dengan orang yang datang. Kena ikut turn makan. Sekali makan bole 4 orang je. Yang datang biasanya lebih.
Dah ada meja besar sikit, lepas ni bolelah ajak orang datang makan kat rumah. Kalo tidak rasa sangat kesian dengan orang yang datang. Kena ikut turn makan. Sekali makan bole 4 orang je. Yang datang biasanya lebih.
Meja dah besar, so skang bolehlah hidang macam-macam lauk.
Sotong goreng tepung ada, sup tulang ada, sayur petola ada, ikan stim halia pun ada!
Sotong goreng tepung ada, sup tulang ada, sayur petola ada, ikan stim halia pun ada!
Sempena kami bermeja baru ni, rajin le nak masak sikit-sikit. Siap panggil orang datang lagi untuk sama-sama merasmikan meja baru. Hehehehehe (maaf ye, saya memang suka gelak-gelak di hujung ayat). Gambar orang yang dijemput tak ade plak time makan-makan ni. Kami enjoy sangat makan sampai lupa nak posing-posing.
Ini dia tetamu special kami.
Fauziah (tul ke eja G?) a.k.a G kawan baru kat Kuching ni. Ade geng untuk berjalan-jalan, dan masak memasak. At least taklah kami sefamili bosan duk sini. Sofea pun ada aunty baru untuk bermanja-manja. Kalo kitorang datang umah G, Sofea siap pakat taknak balik rumah. Cam tak kesah je kena tinggal. Kalo G datang rumah, siap nak hantar G sampai ke pintu time balik. Dasyat tul...
Ex-dining table kami. Jual balik laku hanya RM80? So kesian......
Apa-apa pun, meja makan kami ni amat berjasa. 2 tahun dah guna tau. Mana tak berjasa. Walaupun sangat kecik, time tu kami pun kecik jugak. Oklah tu kan? Skang kami pun dah semakin besar, terpaksa guna meja lebih besar untuk menampung segala makanan yang bakal mengisi perut kami. Hua hahahaha.....
7 comments:
wah cantik la meja makam baru u! ;)
whoaaa gee tu member i! kirim salam plisss! lama gila tak jumpa, dia dah ada baby ke? (eh, eh byk pulak tanya ;p)
la yeke? keciknya dunia. pusing2 ade je kaitan kan. gee lum ade baby agi. baru kawin awal taun ni.nanti i kem salam k.
HAHA. lepas ni semakin membesar la mama & daddy sofea. eh kaklong sejak blog dah famous ni, x main la pakai 'aku' lg eh? :D
Mestilah 'kami' kan dah cerita pasal kaklong dan abang ong punya meja. hehehehe. Kang jadi plak macam 'our' sofea hari tu.
ni yg x sbr nak dtg kuching lg ni.. kalo x msk best2 mcm yg ni, siap la kaklong.. amir tau ikan stim mst ade. hehe
uishhhh, sedapnya lauk pauk itu! semua saya suka!
ur old dining set is like my current one..hehe
Post a Comment