Sunday, February 14, 2010

Minggu ini...

Pheww... macam-macam benda berlaku minggu ni. Ada yang kelam kabut, gembira, risau, terkejut, serabut, macam-macam lagi lah. Dari Isnin sampai le hari ni, jadual memang padat.

Balik Melaka

Ya, aku balik Melaka lagi. Padahal baru je balik 2 minggu lepas kan. Tapi kali ni balik kejap je. Flight dari Kuching hari Selasa kul 6 pagi, lepas tu balik ke Kuching semula hari Rabu kul 8.55 malam. Balik pun berdua je dengan Sofea.

Kesian, kul 4 pagi dah kena bangun sebab flight awal sangat. Pakai baju tido je naik flight.

Sampai-sampai KLIA, bole plak terserempak member lama masa kat UIA dulu. Yatt dari KB nak gi meeting MTAC respiratory kat Bahagian Farmasi. Kebetulan betul!

Sampai-sampai Melaka plak, terus gi shopping kat Jaya Jusco yang opening baru je 4 hari. Ni JJ yang glemer sebab meletup sampai ade 1 kematian Disember lepas. Memang banyak sales. So seharusnya banyak gak memborong. Sanggup meninggalkan Sofea kat rumah makcik supaya boleh fokus bershopping.

Mak dan anak bergaya dengan hasil rembatan di Jaya Jusco baru. Gambar ni sebelum balik ke Kuching semula.

First house

Balik bukan sebarang balik. Balik bukan niat nak shopping kat Jaya Jusco baru. Tapi balik sebab nak mencuba nasib. Hahaha....ayat bukan main lagi.

Actually balik kali ni sebab nak beli rumah auction. Sebab hati memang dah berkenan kat rumah ni, tu yang sanggup balik. First time pegi lelongan awam kat court Melaka. Siap bawak Sofea lagi. Alhamdulillah, aku berjaya dapatkan rumah dengan reserved price sebab aku sorang je pembida.


Rumah ni dekat ngan Melaka Sentral, Tesco, Jaya Jusco baru. Best betul. Nampak gaya pasni kena pindah balik Melaka cepat-cepat.

Sofea ikut untuk bagi support kat mama dia.

Period

Hari Khamis bendera jepun datang. Pertama kali period sejak bersalin. Sofea dah 8 bulan setengah dah. Nampaknya breastfeeding dah tak berkesan sebagai natural family planning. Agak cemas sebab dah nak dekat 2 tahun tak period. Takut juga production susu kurang. Ada gak baca beberapa forum yang baby selalu nya tak suka breastfeed masa mak dia period sebab susu rasa tak sedap. Wallahualam. So far aku tengok Sofea biasa je. Production pun masih sama.

Gong Xi Fatt Chai

First of all, Happy Chinese New Year to all my Chinese friends. Agaknya ade ke yang baca blog aku ni? Takde kot...

Pagi tadi pegi open house rumah Prof Sim KH. HOD of Cardiology Department kat SGH. Best sebab kuih dia sedap-sedap. Sofea plak dapat ang pow.

Sofea yang sedih sebab 1 jenis kuih pun dia tak dapat rasa sebab kebanyakannya cheese belaka.

Rumah Prof Sim depan pintu masuk belakang The Spring je. So apa lagi, kitorang lunch dekat Gasoline, The Spring. Best betul rumah dekat shopping complex. Tak payah susah-susah cari parking. Jalan kaki je.

Nampak macam sedap. Tapi hakikatnya tak berapa sedap dan mahal. Not recommended ok. Makan kat food court lebih bagus.

*************************************************************************

Itu sahaja cerita minggu ini. Kita bersambung pada minggu hadapan pulak. Bye bye!



No comments: