Wednesday, November 21, 2012

Lisa De Inn Hotel

Check in hotel ni sebab ada meeting dekat Bahagian Perkhidmatan Farmasi, PJ. Sangat puas hati dengan rate yg berpatutan. Dekat sangat dengan tempat meeting. Tu yang penting. Boleh check in hotel ni lagi kalo ade meeting kat PJ.


Spacious sangat. King size bed for deluxe special room. Rm190/ night including 2 person breakfast. Kalo superior room Rm135 pernight tapi dah penuh tu yang ambil deluxe special. Breakfast dia oklah...


Siap ada sofa set


Toilet pun bersih, besar dan selesa.

Ok, itu sahaja review hotel kali ini..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 4, 2012

Random update

Salam semua. 4 bulan menyepi diri. Busy betul rasanya bila kerja berlambak, maid dah tak ada. So far berjaya survive about 6 months without maid. Ada pro dan kontra hidup tanpa maid. Supayae sentiasa positif, aku fikir banyak pro banding kontra nya.

Update kali ini cerita bergambar je. Summary dari bulan 7 sampai sekarang. 4 bulan sekali je entry. Hahaha..


Ni dalam bulan 7, before fasting month. Naik Menara Taming sari buat pertama kali lepas balik kerja. Itupun sebab bawak kawan dari Sarawak yg buat attachment kat Hosp Melaka. Kalau tak memang tak akan jejak punya.


Jalan-jalan ke KL bird park. A week before fasting month. Kebetulan ada kursus dekat Hotel Mandarin Oriental KLCC. Sangat panas dan burung2 bagi aku sama je. Encik hubby tak suka..


Bilik Hotel Mandarin Oriental. Sangat comfy. Dahlah sebelah KLCC je. Mana taknya, RM600 per night. Kalo suruh aku sendiri bayar, memang tak duduk punya..


Anak-anak jakun. Dari bilik je dah boleh nampak park KLCC.


Encik hubby masa buka puasa dekat Holiday Inn Melaka. Time ni aku takde selera makan lansung. Morning sickness untuk pregnancy kali ni teruk betul. Hilang 6kg dlm masa 3 minggu. Buat rugi je pegi buffet.


Raya Aidilfitri tahun ini. Turn kampung husband di Banting.


Buat pertama kali, Faie dan family datang beraya rumah aku. Thanx faie..


Penutup raya. Open house rumah Gie dan Ariff di Bangi..


Bersama geng pharmacist Hosp Melaka kat rumah Mardhi. Beropen house di bulan Zulkaedah. Hahaha...


Burger bakar 'burger bakar dahsyat'. Dahsyat wooo..


Last month, bawak anak-anak pegi Zoo Melaka sebab diorang boring mama nya asyik kursus & keja je time weekend.


Ni kejadian last week. Masa raya haji. Celebrate birthday Fasihah.


Anak-anak sakan melaram dengan birthday present Fasihah. Buat macam harta sendiri plak.


Last photo, me latest dengan perut 5 1/2 bulan bersama Dennis di OPD pharmacy. Ambil gambar kenangan dengan Dennis sempena his last day as gov servant. All the best Dennis.

Itu saja cerita kali ini. Jumpa lagi di lain entry. Tak tau bila lagi. Hehehe. Entry ni di buat pun sebab lama sangat nak tunggu turn untuk scan baby gender. Boy or girl?

Posted using BlogPress from my iPhone