Alamak, bulan 11 dah nak berlalu. Tapi satu entry pun tak ada. Memang macam2 benda nak cerita tapi takde mood dan agak bz lately. Lagipun sejak preggy ni asyik batuk selesema je. So malaslah nak mengadap lappy je.
Macam biase. Bila dah lama tak update, aku akan buat entry lump sum + bergambar. Tu dia.....
Attachment di Hosp Melaka for 3 weeks
Attachment ni dah lame. 27 Sept sampai 15 okt. Tapi la ni baru ni nak cerita. Sangat beruntung dapat buat attachment MTAC Respiratory sebab sambil menyelam minum air. Balik kampung!
Najmi 1st Birthday
Sempat singgah rumah Kemar untuk birthday najmi before balik Kuching lepas attachment. Walaupun at first sesat barat, at least aku manage sampai rumah Kemar and sampai KLIA on time. Fuh......
Abah's convocation
Last week aku balik semenanjung lagi sempena abah's convo dekat PWTC. Yupp, my abah yang convo ye bukan adik aku yang convo. Ni second degree untuk abah. Kali ni dia ambil degree Sport Science dekat OUM. Sangat cekal dan rajin utk study ok. Aku yang muda ni masih belum ade kekuatan nak sambung study lagi. Hehehehe.....We all proud of you abah. Congratulation!!!


Celebration tahun ni sangat simple tapi sangat bermakna sebab celebrate dengan family kat Melaka. Semoga aku dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin....
Alang-alang dah balik Melaka sempena abah convo, kitorang pun bawak Sofea gi Zoo. Ajak cousin aku sekali, Farah sebab dia tengah cuti sekolah skang. Kebetulan. Kalo tak susah nak jumpa.
Itu saje cerita aku untuk 1 bulan setengah ni. Hopefully lepas dah update ni, lebih rajin sket lah nak update cerita latest..