Friday, May 28, 2010

Hadiah dari makngah

Eh, bukan makngah. Tapi cikngah lah. Cam tak glemer ye panggil makngah. Makngah ke cikngah ke, Sofea tetap sayang sebab bagi Sofea hadiah yang best.

Inilah cikngah Sofea yang baik hati tu. Pandai posing lagi.

Cikngah hadiah kan Sofea pelampung ni. Comelkan? Siap ada pokok pelindung hujan panas lagi. Sofea tak sabar nak pakai pelampung ni sebab tu Sofea berenang atas katil. Nak masuk pool mama tak bagi sebab Sofea demam.

Hari ni mama bawak pegi pool dekat rumah Sofea sebab Sofea dah baik demam. Lepas makan antibiotik baru ok. Excited betul!

Tengok orang sana

Tengok orang sini

Berenang-berenang ke tepian. Kocak-kocak air.

Lepas tu Sofea bosanlah. Tak bebas sangat sebab tak dapat berendam dalam air betul-betul. Selamat mama papa Sofea sporting. Dia keluarkan Sofea dari hadiah cikngah supaya Sofea bole main air betul-betul. Barulah enjoy. Kalo boleh Sofea taknak mama papa pegang Sofea pun. Puas Sofea ronta-ronta, tapi mama taknak lepas. Mama kata Sofea kecik lagi. Kalo dia lepaskan nanti Sofea tenggelam, sebab kaki Sofea masih tak dapat jejak lantai kolam lagi. Mama tak larat nak pegang je Sofe jadi dia masukkan balik dalam pelampung comel tu.

Huaaaaaaa.....taknak lah mama. Sofea nak keluar main air. Sofea dah besar lah. Tak rock duduk dalam ni.....

Mogok mogok mogok.

p/s: Ish ish ish. Sofea, sofea. Kejap je dah bosan eh. Awal-awal je excited. Lepas tu meronta-ronta nak keluar. Memang tak takut air betul. Ani jangan risau. Akan kaklong usahakan Sofea guna betul-betul pelampung ni kay.


Thursday, May 27, 2010

Sofea celebrate birthday kat Nursery

Akhirnya dapat jugak buat besday party Sofea kecil-kecilan kat nursery dia. Rasa cam dah nak cancel je bila pagi tu Sofea demam panas. Siap selesema2 lagi. Niat di hati nak hantar Sofea kat nursery pagi tu pastu tengah hari gi nursery dia bawak kek. Tapi dah demam, lepak jelah dia kat umah. Tengah hari baru gi nursery dengan kek sekali. Just untuk acara potong kek.

Besday girl yang baru baik demam. Baju yang Sofea pakai hadiah birthday dari tok ibu.

Birthday Cake Sofea dengan si Barney. Sofea memang excited tengok cerita Barney pagi2. Bila cerita Barney start je, siap tepuk2 tangan lagi.

Happy tul anak mama

Jajan-jajan untuk kawan-kawan Sofea.

Kawan-kawan Sofea minum nutrigen.

Tapi Sofea special minum jus epal. Budak alergik susu lembu tokleh minum nutrigen.

Tengok, muka dah merah-merah lepas makan kek. Lupa plak kek pun ade letak susu gak. (perasan ke merah?)

Kesian plak dekat Sofea sebab dia tak boleh makan makanan yang ade susu. Dahlah yang ade susu semuanya sedap2. Coklat, aiskrim, biskut. Dalam kajian kata, 3% daripada kanak-kanak alergik protein susu lembu. Sofea tergolong dalam 3% tulah. Tak apelah Sofea, yang penting Sofea sihat kan. Tak dapat minum susu lembu, susu mama kan ada. Kan susu ibu makanan terbaik buat bayi. Betul tak?

Tuesday, May 25, 2010

Happy Birthday bang.....

You're a great husband of mine and a great daddy for my Sofea. Happy 28th Birthday abang. Love u so much!

Monday, May 24, 2010

Trip to Kota Kinabalu, Sabah

Ini adalah first percutian keluarga kecil kami. Tapi bukan kami sefamili je. Kami pergi 9 orang, termasuk ibu dan ayah (panggilan untuk makcik pakcik aku yang paling aku rapat). Actually trip ni untuk celebrate 2 birthday girl (sorang tu leh kira girl lagi ke?) yang share tarikh birthday iaitu 21 Mei.

Day 1, Jumaat (21 Mei 2010)

Family aku dari Melaka datang transit kat Kuching dulu hari Khamis malam. Then esoknya baru kitorang pagi-pagi ke KK sama-sama. Ibu ayah plak datang ke KK dari KL. Lepas semua dah berkumpul kat airport, baru kitorang start round KK. First day pun dah banyak tempat lawat. Yelah, kitorang datang kejap je, so dalam masa 2 hari nak kena pegi macam-macam tempat.

Kat airport Kuching

Masjid terapung. Tak tau plak nama masjid ni. Semua orang join ambil gambar kecuali.....

Sofea yang tido dalam van

Depan Yayasan Sabah.

Sama tapi tak serupa...

Nexus Resort, Karambunai

Sofea terjerit-jerit takut air laut

Takut dengan patung chess jugak.

Birthday girl hari ini....Macam serupa je muka diorang ek. Nampak macam nenek dan cucu ke, atau mak dan anak?

Malam kitorang masak sendiri untuk penjimatan. Masak udang masak sweet sour, sotong goreng bodoh, kacang panjang masak air dan pelbagai ikan goreng. Yummm! Yumm!

Birthday Cake Sofea dan ibu. Cuba teka umur mereka based on lilin yg kitorang susun tu?

Acara memotong kek

Lepas potong-potong kek, kitorang masih tak rasa penat lagi so dalam kul 10 malam kitorang bole plak pegi pasar malam beli kristal2 dan brooch. Memang gunakan segala waktu sepenuhnya...

Day 2, Sabtu (22 Mei 2010)

Pukul 6 pagi lagi kitorang dah pegi pasar Philippine untuk dapatkan udang-udang laut yang besar lagi fresh. Rasa macam meriah sangat dengan macam-macam jenis ikan, sotong, ketam.
Geramnya bila tengok ikan-ikan ni sume fresh lepas tu murah. Rasanya kalo aku duduk KK ni, memang tak makan daging ayam. Makan ikan je hari-hari.

Lepas proses segala udang sotong yang kitorang borong, kami pun bergerak ke Tanjung Simpang Mengayau dekat Kudat. Jauh jugak dalam 3 jam perjalanan.

Singgah beli buah-buahan untuk isi perut dan gi toilet. Maklumlah, sini takde R&R.

Sofea pun nak makan jagung gak...

Sampai kat Tanjung Simpang Mengayau masa tengah panas terik

Kami dah sampai telinga anjing Borneo!

Ni paling hujung skali. Kalo boleh kitorang nak posing kat atas batu2 tu. Baru betul-betul hujung.

Posing-posing sefamili

Turn Sofea berposing plak...

On the way balik KK, kami singgah rumah panjang kaum Rungus. Rumah ni macam homestay. Kalo nak tido kat sini pun bole. Sekali masuk RM3. Kalo nak tido tak tahu plak berapa.

Aktiviti malam cuma makan di Salut Seafood Restaurant. Bagi aku, makanan dia ok lah. Tapi aku rasa kat Kuching lagi sedap.

Day 3, Ahad (23 Mei 2010)

Flight kitorang kul 10 pagi. Jadi memang last day dah tak ke mana-mana lagi.

Ayah dan ibu just hantar kami ke airport sebelum diorang sambung shopping lagi. Flight diorang kul 3.30 petang.

Sofea dah taknak duduk dalam stroller sejak dapat kaki ni. Excited explore sana sini.

So far trip ni memang best walaupun kejap. Memang penat sebab activity full tapi kitorang enjoy!! Mak abah, ibu ayah, nanti kita buat trip gi Pulau Sipadan kay. Credit tu our tourist guide yang bawak kitorang jalan sana sini.

Our tourist guide


Friday, May 21, 2010

Happy 1st Birthday Sofea

Happy Birthday Sofea. You are 1 year old today!


Wednesday, May 19, 2010

Our 2nd anniversary celebration..

our celebration is very simple. sebab nak celebrate tanpa org ketiga (hehe, sian sofea kat nursery), aku ambil time off 1 hour masa lunch untuk lunch bersama dekat piza hut. no candle light dinner eventhough first time celebrate sama-sama. last year tak celebrate sebab hubby kat kuching tapi aku kat melaka tunggu hari nak bersalin.

kami dah lama tak berposing berdua-duan.

no pepsi. air mesti special utk hari yang special.

pizza pun mesti yang latest promotion. kena ade cheezy lava gak..

tak pernah2 nak makan aiskrim kat piza hut. hari ni rasa macam nak together-gether share aiskrim.

1st surprise dari husband yang menjadi. florist hantar bunga masa tengah kerja. terharu gila..

Sofea dgn botol susu baru. 1st time die nak pegang sendiri botol susu. malam tu terpaksa bawak Sofea gi The Spring untuk beli botol sebab nursery dah hilangkan botol dia. nampaknye she likes her new bottle.



Monday, May 17, 2010

Happy anniversary ke 2 bang..

Tahun ni celebrate dengan anak sorang. Tahun lepas tengah menunggu hari kat Melaka, abang kat Kuching. Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat.


Saturday, May 8, 2010

Happy mother's day emak and all mommies out there....

Selamat Hari Ibu mak. Terima kasih sebab:
  • Mak dah lahirkan zura
  • Susukan Zura
  • Besarkan Zura dengan penuh kasih sayang
  • Masa kat SMAPK dulu mak rajin lawat dengan masakan yang sedap sambil berpicnic kat court basketball. Paling tak lupa sekali mak selalu bekalkan sambal ikan bilis yang marvelous. Sampai kawan zura yang pregnant pun bole ngidamkan sambal emak.
  • Sampailah Zura kat Kuantan pun mak still lawat dengan masakan panas dari Melaka. Siap ajak berkelah kat Balok ngan kat Benteng lagi.
  • Selalu tolong punch kan kad Zura masa kita sama-sama keja kat Hospital Melaka
  • Jadi kawan shopping waktu lunch hari Jumaat (masa dululah)
  • Mak ajar Zura masak
  • Banyak bersusah payah untuk majlis kawin Zura
  • Mak banyak tolong bila Zura baru dirikan rumah tangga (pinggan mangkuk, duit)
  • Masa Zura bersalin, mak lah yang tukang urut, tukang masak, tak lupa jugak peneman dalam bilik bersalin.
  • Sampai Zura dah kat Sarawak pun, mak selalu datang bersama daging batang pinang fresh dari Melaka. (Kat Kuching ni mahal ok. Yang freshnya RM40 lebih...)
  • Sponsor kitorang gi KK nak celebrate Birthday Sofea nanti. Hehehehehe...
ZURA SAYANG EMAK!

p/s: Mak, nanti jangan lupa bawak Nasi arab yang kat cyberjaya tu eh.