Friday, April 30, 2010

100% perfect

Semalam ade makan-makan di tempat kerja. Sudah keja rajin-rajin, harus dapat reward dari bos. This week kitorang kehilangan 9 org kuat OPD pharmacy sebab pegi kursus kat Sibu secara berjemaah. Yang kena tinggal kerja hempas pulas untuk sahut cabaran. Walaupun staff tak ramai, every patient yang datang farmasi mesti dapat ubat kurang 30 minit sepanjang 3 hari berturut-turut. And.........


We made it!


KFC for everbody yang membanting tulang...


Thursday, April 22, 2010

Sofea @ 11 months


Wah, Sofea dah 11 bulan. Kurang sebulan dia dah nak jd toddler. Sorry Sofea, mama tak plan birthday party ye. Tapi nanti kita celebrate birthday Sofea dengan tok ibu (yang sama gak tarikh besday) kat KK. Yeay.... tak sabarnya!

So far Sofea belum lagi bole jalan sendiri. Masih jalan berpaut je. Tak berani lagi nak lepas tangan. Takpe Sofea, bole try sampai berani k.

Sampai skang, suma barang nak masuk mulut.

Skang Sofea dah bole gerakkan keta mainan dia. Dengan duduk atas keta tu je, dia dah bole rayau satu rumah. Kalo dulu just boleh goyang2 kan dan ke belakang je. Gerak ke depan tak pandai.

Pon pon..bagi laluan!!

Sofea suka sangat ke dapur. Senyap-senyap hilang, tengok-tengok je dah kat dapur. Nak capai gelas lah, kuali, periuk belanga, semuanya dia nak tarik. Bahaya betul. Rasanya kena pasang safety gate dah ni. Kalo dapat main ngan sudip ngan besen pun tak ape. Cukup happy dah. Tak payah beli mainan mahal2.

Mama, nanti kalo Sofea dah besar, Sofea tolong mama masak eh?

Development lain masa 11 bulan ni:
  • Panggil mama abah agak jelas
  • Kalo suruh salam dah pandai salam dan terus cium tangan. Tapi kengkadang tu ada gak lah over sampai jilat tangan dan gigit.
  • Rajin sangat sepahkan baju yang dah lipat. Mana baju yang kita dah lipat atau tengah lipat, tulah yang dia berminat nak tarik.
  • Tak suka pakai stocking. Pakai je cabut, pakai je cabut. Rimas ke Sofea?


Thursday, April 15, 2010

Update

Fuhhh...fuhhh....fuhhh.... berabuk dah blog ni. Genap 2 bulan tak update. Super busy lately.

Sofea

Skang dah nak masuk 11 bulan pun. Ish...ish..ish.. Masa 9 bulan dulu ada 3 batang gigi. 1 batang gigi je kat atas. Pelik betul nampak. Time tu jugak dia pandai duduk sendiri. Makan bubur yang tak perlu diblend lagi. Dah try paut2 menda untuk belajar jalan. Ape lagi ek? Tak ingat dah. Hahaha, dahle tak update, x rekod lak achievement dia kat mana2.

Dah pandai main alat muzik. Time ni berat 8.4kg.

10 bulan ni, tetiba ada gigi 6 batang. Gigi atas tumbuh lagi 3 jadi 4 batang. Bawah maintain 2. Semakin sakit mase breastfeeding. Pulak tu macam-macam style. Kalo dia nak, dah pandai tarik2 baju. Sofea gak dah pandai nak try berdiri sendiri. Bila berdiri, dah cuba lepas tangan beberapa saat and jatuh. Pastu sengih2 bangga sebab dah berjaya berdiri tak pegang benda. Time ni gak pandai merangkak. Itupun tetiba je lepas pindah rumah baru. Maybe rumah baru luas sket sebab tu best nak merangkak. Bila bawak balik rumah lama, terus jadi combat semula. Skang suka sangat jalan paut menda. Kalo takde benda nak paut, dinding pun jadilah... Bole sampai ke dapur dia jalan sorang2. Pandai gak cakap 'nak' time makan kalo dia nak lagi. Ini tak sure betul2 pandai atau kebetulan.

Berat dah 8.8kg masa 10 bulan.

Tetamu berantai

Macam ape je title. Hehehe... Actually busy 2 bulan ni sebab ramai tetamu sudi dtg lawat Kuching ni. Rase terharu gile. 10/3 hingga 13/3 adik2 perempuan datang. 18/3 hingga 21/3 parents in law dan sorang adik ipar plak datang. 26/3 hingga 28/3 plak balik Melaka. Last sekali 5/4 hingga 9/4 parents sendiri dan adik laki plak datang. So aktiviti kitorang mostly adelah jalan-jalan and makan seafood. Ish.. memang takut nak cek kolesterol skang ni. Makan seafood je keja. Memang kena puasa dari makan seafood untuk sementara waktu ni.

Picnic kat Matang Family Park time my sister datang. First time Sofea mandi sungai.

Parents in law. Comel je. Menantu nya plak bagai dipam-pam. Hahaha.

Ni masa parents datang. Nampak emak paling happy sebab baru je seminggu pencen.

Pindah rumah

Tengah busy-busy terima ramai tetamu dan husband asyik gi KL, kitorang boleh plak buat decision mengejut untuk pindah rumah. Lepas hantar parents in law ke airport awal pagi, kitorang saje je tengok2 kondo sebab banyak lebihan masa. Tup-tup dapat rumah berkenan hari tu gak, pegi beli perabot, petang tu tuan rumah lama pulang duit deposit kitorang. Semuanya same day. Tak sempat nak pikir panjang lagi. Pindah barang pun terpaksa mengejut sebab kena cepat-cepat kosongkan rumah lama. Siangnya pindah barang, petangnya husband kena gi KL. Huaaa...penat betul. Apa-apa pun kitorang rase kitorang buat decision yg tepat. Skang tak perlu naik tangga lagi. Ade lif. Rumah pun lebih luas dan selesa.

Living hall rumah lama yang agak sempit. Muat 1 sofa je.

Skang lebih luas. Muat full set. Best untuk Sofea explore. Kalo tak, kejap je dah sampai dapur.

Sekian untuk entry kali ini.