Sunday, December 20, 2009

Pharmacy Night 2009

Dah seminggu lalu di Kingwood Inn Hotel. We all satu family pergi termasuk Sofea. First time bawa Sofea pegi majlis and dia sangat behave. Bagus anak mama.

Sofea yang sangat behave

Overall, event ni ok. We all sangat enjoy sebab:

Makanan sedap (Sila abaikan spare tyre penulis ye)

Papa dapat hadiah

Mama dapat hadiah

Sofea pun dapat hadiah. Sofea menang "The Best Hair Do". Budak kecik ni dah berjaya kalahkan semua yang join dinner ni.

Hanya dengan headband di kepala. Aku memang suka pakaikan Sofea headband sebab rambut dia sikit. Takut orang ingat baby laki. Itu pun masih ade yang tanya, "Baby boy ke?"Lagipun comel kan kalo pakai headband.

Koleksi headband Sofea


Monday, December 14, 2009

Happy Anniversary

Emak abah,
Dah 30 tahun dah.
Dah ada cucu.
Happy Anniversary!



Friday, December 4, 2009

Sofea @ 6 months

Sofea dah 6 bulan.

Berat dah 7.2kg

Dah pandai makan biskut sendiri. Pegang biskut tangan kanan. Harap-harap tak kidal macam mamanya.

Dah pandai golek golek sampai terkeluar kawasan jajahan. Tinggalkan dia kejap, tengok-tengok kepala dah kat lantai. Harap-harap kepala tak terhempas kuat ke lantai masa nak bergolek ke situ.

Dah duduk dalam walker kat nursery supaya boleh belajar jalan. Kat rumah memang takde walker. Kalo ada pun bahaya sebab senang capai-capai barang. Nursery lapang aja.

Dah pandai posing depan camera. Selalu kalo orang nak ambil gambar dia, dia memang akan pandang kamera.

Dah pandai main sorang-sorang. Jadi, bolehlah aku buat kerja lain sementara dia tengah leka main.

Selalu main sorang-sorang dalam baby cot ni. Baby cot bukan tempat dia tidur. Masih lagi nak tidur dengan mama papa dia sebab puas bergolek.

Lain-lain development:
  • Dah kenal orang. Mula menangis kalo nampak orang yang dia tak kenal nak dukung dia. Dulu semua orang ok je.
  • Makin kuat membebel dan terjerit-jerit excited dengan bahasa dia yang tersendiri.
  • Dah mengundur-ngundur masa meniarap. Belum maju ke depan lagi.