Tuesday, October 20, 2009

Menyembur

Sofea skang kuat betul menyembur. So, mmg makin botak lah kepala aku ni. Kan org tua-tua ade cakap, rambut emak akan gugur bila anak start menyembur. Dahlah Sofea menyembur beria-ia. Kadang2 non stop die menyembur. Bersambung-sambung.


Tengok, beria-ia tak Sofea menyembur. Siap muncung-muncung jungkit-jungkit mulut lagi.

Sunday, October 18, 2009

Sofea 1st swimming

Last Saturday aku bawak Sofea gi swimming kat pool apartment kitorang ni. Dah lama tul tak exercise. Since bersalin, mmg tak ade buat ape2 aktiviti yang boleh bakar lemak lagi. Walaupun puasa and fully breastfeeding, 1 kg pun taknak turun. Degil betul lemak2 ni ek.

Aku masa pregnant swimming sampai nak dekat 7 bulan. So that's mean, sepanjang 7 bulan lah Sofea ikut aku berenang dlm perut. So skang die kena tengok camane rupa pool yang die ikut berenang sekali tu. Patutlah lah anak mama ni asyik angkat2 bontot nak kuak lentang je, rupanya mamanya duk buat kuak lentang je mase pregnant.

Sofea dah ready dah mama. Sofea tak ade swimming suit lagi. Pakai cloth diaper dengan t-shirt je lah ye....Cute jugak kan.....

Say cheese...Wah, sejuknya air ni. Camaner nak swim ni? Sofea tak pandai lagi.

Eh, mane mama hilang?

Dah swimming haus pulak...

Perut pun jadi lapar gak...Cuba tengok dahi Sofea. Cam budak nakal...Calar-balar

Letih betul...Sampai tertido time mama breakfast. Balik umah pun Sofea sambung tido sampai tengah hari. Kalo camni bole bawa Sofea gi swimming selalu. Confirm tido lama. Leh buat keja umah lain.


Saturday, October 17, 2009

Sofea @ 4 months

Sofea dah nak masuk 5 bulan baru mama nak cerita milestones 4 bulan. Lebih baik ade daripada x ade. Mari tengok development Sofea 4 bulan.
  • Suka hisap jari. Awal2 hisap jari dulu sampai 2 3 jari masuk mulut. Kengkadang tengah nyusu pun masukkan jari sekali. Mana satu nak hisap ntah. Skang dah agak kenal ibu jari so asyik isap ibu jari je.
  • Suka orang agah dia. Memang gelak besar...
  • Suka gerakkan badan dengan angkat2 bontot. Ala2 berenang kuak lentang.
  • Baru pandai ngiring badan. Masih tak terpusing tiarap sendiri macam baby lain.
  • Masih lagi menyembur air liur. Makin dasyat sofea punye sembur skang ni.
  • Dah start solid food. Tak berjaya Sofea nak exclusive breastfeed 6 bulan. Nampak mama ngan papa makan sedap je. Sofea pun nak join makan gak.
  • Dah pandai pegang benda ngan capai2 barang.
Weight = 6.1kg

Tak boleh duk diam dalam swing. Sampai dah nak terjatuh kuar dah. Skang kena pakai safety belt je baru ok.

Dalam bumbo seat pun sama. Beria nak kuar sebab nak capai rabbit kuning tu.

My first solid food. Beria nak pegang sudu gak

Nilah achievement yg terbaik Sofea leh buat. Mengiring. Bila nak tertiarap ni nak oi.....

Cerita basi Part 2

Skang baru nak cerita Hari Raya. Padahal lagi 2 3 hari raya dah nak habis. Basi betul...

Tahun ni 1st time raya bertiga. Last year 1st time berdua. So cammane agaknye next year ye?? Berempat plak ker??? Oh, belum dipikirkan lagi tu. Biar Sofea dapat menyusu 2 tahun dulu baru kita pikirkan...

Tahun ni raya pertama kat rumah my parents di Melaka then raya ke 3 baru balik rumah parents in law di Banting. Mari layan gambar je...

Colour taun ni, pink purple... Eh, seksi plak Sofea ni. Baju Sofea ngalahkan mama. Siap ade manik2 lagi.

Tok abah with Sofea

Tok mak dengan Sofea si muka sedih

Sukalah Sofea, ramai yang pegang dia.

My family in Melaka

My husband's family in Banting

Tahun ni kurang berhari raya ke rumah saudara mara. Member2 sekolah ada juga sempat pergi. 1st Kerry sbb tak dapat datang kenduri kahwin dia nanti. 2nd Hada, baru bersalin dan habis pantang. Then kemar yang sedang menunggu hari. Mase tulis blog ni Kerry baru je kawin dan Kemar baru je bersalin. Same day ye....Boleh share birthday ngan anniversary plak... For both of you, selamat pengantin baru Kerry dan tahniah sebab dah dpt anak Kemar.



Cerita basi Part 1

Wahh...lama betul tak update blog. Dah banyak cerita basi. Emak abah, sorry eh lama tak masukkan cerita ngan gambar Sofea. Zura agak busy ngan kurang mood nak update blog. Hehehehe...

Banyak menda nak cerita. Senang cerita letak gambar je kay. For cerita basi part 1, gambar before raya.....

Sofea pun kena pakai mask utk elak H1N1

Kitorang 1st person yang masuk flight sbb stewardess tu tak tahan tengok Sofea jerit2 je mase tunggu turn. Ni 2nd time Sofea naik flight. Baik anak mama, behave je. Tido lena.

Sofea lum ade seat sendiri lagi. Ni dah nak sampai baru Sofea bangun tido.

Ni masa ikut mama shopping last minit utk raya. Lama sangat sampai sofea tido je. Kitorang mmg tak prepare ape2 utk raya masa kat Kuching. Dah sampai Melaka baru kitorang beli baju raya. Ape yg sempat beli ajelah....

Ok, pasni sambung part 2 plak....