Thursday, October 7, 2010

Special entry for my hubby

Dear abang. Assalamualaikum. Ni ada beberapa gambar untuk abang tatap dari jauh. Sorry ayang tak ambil banyak gambar. Okay, first ayang cerita kisah ayang dulu eh....

Semalam ada special offer untuk whopper burger king. RM1 je. Sorang boleh beli 3 biji. So ayang beli 5 biji whopper. Penat tau kena beratur panjang.

Jangan jelous. Ayang dapat makan whopper yang besar tapi murah. Kesian abang kat Kuching takde burger king. Nanti ayang tapau sebiji masa balik nanti kay.

Ini Ms Tan. Geng attachment ayang dari Ipoh. Dia jugak geng ayang beratur panjang untuk whopper burger RM1. Ayang ambil quota burger dia sikit. Kalo tak memang tak cukup nak beli untuk 1 family.

So far ayang agak seronok buat attachment kat Melaka ni. Walaupun hari-hari kena pegi ward round, clerk case, buat case presentation. Yang best ayang dapat jumpa member lama sambil banyak belajar benda baru. Sambil tu dapat memenuhi semua citarasa tekak yang mengidam ni. Hari-hari makan ikan keli dengan sambal terung. Kadang-kadang laksa penang dengan sup utara. Mak pun memang selalu memang dah siap masak bila ayang balik kerja. Masak pulak lauk yang ayang memang selalu teringin nak makan. Syok betul. Satu benda je belum dapat makan. Bihun racun. Harap-harap Sabtu ni ayang dapat bihun racun. For your info, pregnant kali ni ayang punya morning sickness tak teruk sangat. Cuma setiap pagi akan muntah hempedu masa gosok gigi. Itupun sikit je. Perut memang selalu rasa tak selesa. So, ubat gastrik MMT dah jadi macam gula-gula dah.

Oklah, ayang cerita pasal Sofea plak....

Ni Sofea masa kat bukit serindit. Mak ngan ween bawak dia jalan-jalan. Dia pun seronok duduk sini sebab ramai yang melayan dia. Skarang dah tak nangis bila ayang nak gi keja. Siap lambai-lambai lagi. Kasut purple tu kasut baru dia. Crocs original tu. Dah dia pantang nampak selipar crocs budak lain. Mesti nak pakai pastu nak bawak balik. Nangis kalo ayang suruh dia cabut kasut crocs tu. So terus gi Jusco belikan dia kasut crocs gak.

Bukti. Kasut crocs abah yang besar pun dia nak sarung gak.

Ni masa mak bawak Sofea jalan-jalan dekat ngan Mydin siang tadi. Tengok, dia dah pandai duduk silang kaki dah. Dah macam budak besar....

Kat Mydin mak belikan gula-gula. Terus senyap. Kalo tak menangis bila mak nak masukkan dalam stroller.

Sofea kat sini kuat makan tau. Macam-macam benda dia makan. Paling suka mi. Dia kenyang makan sampai tak heran nak susu. Sepanjang ayang keja, dia memang tak minum susu. Dia akan minum air soya 1 kotak, air masak dan macam-macam air yang lain. Susu yang ayang perah dia taknak minum. Membazir je. Skang ayang dah tak pam kat tempat kerja. Takut pulak kalo susu makin lama makin kering. Cuba gantikan dengan isomil, tapi dia taknak minum plak. Tak de idea nak bagi susu apa. Kalo bagi susu biasa dia alergik plak. Agaknya kalo ayang bagi susu kambing ok tak?

Hmmm, oklah bang. Itu saja entry kali ni. Kalo ade cerita ayang buat entry untuk abang yang lain eh. Tak pun kita cerita jelah Sabtu depan. Ayang tinggal lagi seminggu je nak balik. Babai. Salam....

Monday, September 27, 2010

Selamat Hari Raya

Fuh......akhirnya blog ni akan terupdate. Raya dah nak abis, tapi masih belum ade entry hari raya pun kan. Sejak pregnant for 2nd time ni, penyakit M semakin besar especially nak update blog, snap gambar, bersolek. Macam tak terurus plak rasa. Memandangkan aku tengah ade penyakit M, entry ni akan penuh dengar gambar. Pictures may tell everything right?

First day of raya dekat Banting. Blue themes sefamily. Anak dara aku susah betul nak posing.

Kan dah cakap. Sofea memang susah nak posing. Takde gambar raya sefamili yang ok pun.

Raya kedua. Sofea ada misi dengan beg pink. Kutip duit raya....

Raya ketiga dah balik melaka. Tengah bagi mi goreng kat Sofea. Mulut Sofea sampai muncung sebab pedas tapi sedap.

Raya kelima pergi melawat Kerry's first baby di Rembau. Kira beraya sekali lah tu.

Sofea's first lollipop @ Uncle Zali's open house. Sekali nak makan terus 2 ketul...

Bawa Sofea jalan-jalan di JJ Bandar Melaka. Nampak orang menari, Sofea pun excited nak menari.

Raya kesembilan, beraya sakan di KL. Satu hari berjaya pergi 7 rumah. Ni makngah Sofea tengah teman Sofea main bola kat rumah pak ude.

Try ambil gambar sefamili lagi kat rumah pakngah. Agak berjaya tapi mama Sofea nape nampak tembun sangat tu?

Makngah Sofea dan atuk emak Sofea. Eh, rase macam emak aku tak nampak macam nenek-nenek pun. Awet muda gitu....

Akhir sekali, nenek dan cucu sedang melihat fish. Tapi Sofea tak panggil fish, dia panggil 'ish'. Pandai-pandai je singkatkan.



Monday, August 30, 2010

Menu semalam

Minta maaf ye. Entry ni dibuat atas sebab teringat-ingat lauk semalam. Boleh bikin air liur meleleh di siang Ramadhan ni. Astaghfirullahalazim...........

Dalam masa 1 jam setengah, sempat masak 3 lauk je. Hajat di hati nak masak 4 jenis tapi masa tak mengizinkan. 3 lauk ni pun dah cukuplah untuk kami bertiga.

Ikan merah (jenis yang lembut) masak stim halia, udang harimau masak sweet sour dan sawi jepun masak sos tiram.

Masak lauk yang senang-senang je. Cepat dan mudah. Hasilnya menyebabkan makan nasi bertambah dan pagi-pagi ni, terus pergi market cari ikan merah lagi. Nampaknya menu hari ni sama dengan semalam. Ikan merah masak stim halia.

Tapi ada lauk tambahan......

Sambal ikan bilis cili padi bersama petai

Dah lama teringin nak buat tapi hari ni baru berpeluang nak buat. Tak sabarnya nak tunggu pukul 6.46 petang. Sabar Azura ye...



Thursday, August 26, 2010

Triple Happiness

For this week.....happy, happy, I'm happy.

First, of course lah sebab dapat kereta baru. Senang sedikit pegi balik kerja. Now, no more balik kerja lambat sebab tunggu hubby, tunggu depan opis hubby sampai maghrib kalo dia ada meeting, terpaksa bertukar-tukar kereta time tengah hari kalo ada hal perlukan kereta, hubby terpaksa ulang alik jadi driver untuk hantar gi keja kalo kerja shift petang atau malam, limitkan guest yang nak datang Kuching sebab takut tak muat kereta dan memacam lagilah.

Tapi yang tak best bila drive kereta sendiri, dah tak boleh rebut channel radio ngan hubby, borak-borak dalam kereta, kena jalan jauh hari-hari sebab parking kereta jauh and lastly, tak dapat nak breastfeed Sofea lama-lama dalam kereta. Kesian Sofea, first day naik kereta asing-asing, sampai nangis-nangis. Sepanjang dalam kereta encik hubby dia asyik buat sign nak susu (muncungkan mulut, pastu buat bunyi "huk huk huk") sambil pandang seat aku.

Budak yang tengah sedih sambil pelik, apsal mama dia jauh sangat?

Second happiness, semalam dah dapat surat naik pangkat. ke U44. Alhamdulillah.....tengah tunggu gaji naik je. Maybe 3 bulan lagi kot. Tak apalah, yang penting dah ada peningkatan dalam kerjaya. Government pula announced nak bagi duit raya RM500. Ok jugak tu. Bolehlah jadi duit belanja beli kek lapis Sarawak.

Third, I'm happy because of this.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

I'm pregnant again!

Sofea bakal naik pangkat. Nanti dah boleh panggil kaklong.


Tuesday, August 24, 2010

Penantian satu penyeksaan....

Tapi bila dah dapat, gembiranya hati. Lalalalalala.......

Syukur Alhamdulillah. Selepas sebulan setengah menunggu, dapat gak apa yang dinanti-nantikan. Harapkan dapat sebelum bulan puasa, tapi ni dah separuh bulan puasa dah. Tapi still bulan puasa kan. Oklah tu. Dapat gak balik rumah awal untuk masak-masak berbuka. Semoga lepas ni rajin masak berbuka puasa. Sebelum ni bila dah tak sempat, tapau je lauk kat Bazar Ramadhan Hospital. Tapi masak sahur still maintain hari-hari tau. Without fail.

Ini lah benda yang dinantikan. Ingat tak entry ini?

Urusniaga tanpa meja. Dekat parking staff hospital je. Cek chasis number supaya betul. Penting tu....

Pink betul. Tapi aku bukan peminat pink ye. I'm green lover.

So, kepada sedara mara and kawan-kawan. Sekarang you all dah boleh datang lebih 3 orang. Takde lagi bersesak-sesak dalam 1 kereta lagi. Tapi jangan lebih 6 orang ye bila nak datang tu.



Monday, August 16, 2010

Sedih di bulan Ramadhan

Mana tak sedih, pagi-pagi Ahad bukak pintu freezer, tengok ice pack tak beku. Terus menggelabah tengok frozen EBM. Huaaaa.... semua susu ku cair. Rupanya semalam tutup pintu freezer tak rapat masa nak simpan ice pack. Dahlah pagi tu tengah kelam kabut bersiap nak gi kerja gak. Sepatutnya hari Ahad kena sambung tido pagi. Tak breakfast lah katakan.......Dapat plak kesedihan frozen EBM rosak. Sedih...sedih....

Stok EBM yang tak seberapa dah rosak. Selamat yang 3 botol bawah tu belum cair. Boleh diselamatkan lagi. Sepatutnya time bulan puasa ni lah frozen EBM sangat penting nak ganti production merudum. Jenuh lah nak buat stok balik.

Susu-susu rosak. Buang je lah walaupun sedih. Aku agak beruntung sebab Sofea punya demand kepada EBM ni tak tinggi. Jadi walaupun takde stok EBM sangat, dia still ok. Sofea memang suka susu fresh dari ladang. Hahahaha....

Walaupun stok EBM ni dah takde, aku berharap agar misi penyusuan penuh untuk Sofea dapat diteruskan hingga dia 2 tahun. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini dalam memberi susu badan sepenuhnya kepada anaknya sampai umur 2 tahun. Amin......

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Buffet @ Grand Margherita Hotel

Salam Ramadhan semua. Hari ni dah masuk hari kelima berpuasa. Harap-harap tak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga Ramdhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum ini. Amin......

Alhamdulillah, setakat ni berjaya bangun untuk masak sahur hari-hari. Hari-hari kena makan nasi sebab takut tak larat siang hari. Kena bangun awal tu sebab sini waktu imsak awal. Paling awal bagun kul 3.30 pagi, paling lewat 4 pagi. Lepas tu tak sempat nak tido balik sebab kul 6.30 dah nak keluar rumah sebab masuk keja kul 7.30pagi. Memang mintak masuk awal sebab nanti boleh balik kul 4 petang.

Untuk berbuka, aku hanya masak dari hari pertama hingga ketiga je. Menu untuk 3 hari;
  • 1st day - Ayam masak merah, daging kicap, sayur bayam
  • 2nd day - Ikan masak pindang, sambal terung, ikan masak asam
  • 3rd day - Ayam masak lemak cili api, tempe ikan bilis goreng, sayur campur
Menu 1st day. Masih semangat berkobar-kobar, sebab tu snap gambar

Semalam aku tak masak. Hari Sabtu dan Ahad pun kena kerja gak. Weekend duty, masuk pukul 7.30pagi balik pukul 4.30petang. Sebab tu malas nak masak. Hehehe.... selamat ada voucher makan free kat Hotel Grand Margherita (dulu nama dia Holiday Inn), so encik hubby pun dengan baik hati bawak makan kat situ. Hooray!!

Kat sini ada stall Penang Hawker. Semua masakan penang yang glemer ada. Tu yang aku suka sebab dah lama tak makan masakan penang yang sedap-sedap.

Seat kitorang tepi kolam. Best gak sebab berangin dan view pun cantik. Romantik gitu.

Khusyuk sangat makan sampai tak toleh kanan kiri.

Budak kenit ni pun sama. Asyik sangat makan sampai tak kesah bib senget-senget.

Awal-awal makan muffin ni behave je. Last-last semua isi perut muffin ni berterabur atas lantai. Memang budak bertuah.......

Bab nak minum pakai gelas kaca ni yang haru. Taknak kitorang pegangkan. Nak pegang sendiri je. Selamat minum air baik aje. Tapi seram gak tengok cara dia pegang gelas. Berdoa jelah gelas tu tak jatuh.

Sofea pun ikut gi surau gak. Bagus budak ni. Tak kacau orang lain sembahyang. Mama je dia kacau. Kat mana kita sujud, kat situ ler dia nak diri.

Conclusion nya, foods kat sini sedap dan banyak pilihan. Terlalu banyak memang tak sempat nak rasa semua pun. Harganya pun berbaloi-baloi gak. RM75 per head. Tapi kami makan free. Ada kami kesah. Hahahaha....