Tuesday, July 27, 2010

Minor Oral Surgery (MOS)

"Wisdom teeth are usually impacted (buried) in the jaw bone due to insufficient space for its eruption. A normal extraction cannot be done to remove it; therefore a minor oral surgery is needed. The procedure is done under local anesthetic by an Oral Surgeon. Patient will be given medication pre and post treatment to minimize discomfort".

Huaaaa.....sakit sangat tau! Tapi sakit beranak of course lah lagi sakit. Baru je lepas minor oral surgery untuk buang wisdom tooth beberapa jam yang lepas. Doktor inject LA untuk kasi kebas. Potong gusi. Korek-korek gigi. Longgar-longgarkan gigi. Lepas tu cabut! Lastly, jahit balik gusi yang dah kena potong tu. Satu minggu lepastu, kena bukak balik jahitan tu.

Terpaksa buang gigi tu sebab dia tumbuh senget. 1/4 je keluar. Lagi 3/4 tersangkut taknak keluar. Gusi memang dah terbukak. Jadi tempat mengumpul makanan ler. Puas nak mencungkil makanan yang tersekat setiap kali lepas makan. Kalo tak buang gigi ni nanti boleh rosakkan gigi lain.

Gigi aku macam yang nombor 2 tu. Belah kiri bawah. Gusi dah terbukak, tapi gigi taknak keluar

Sebelum buang gigi, doktor dah terangkan cara-cara nak jaga tempat operate supaya cepat baik. Ni bolehlah dijadikan panduan untuk korang yang nak cabut gigi lepas ni.

Arahan selepas cabutan gigi

Selepas cabutan gigi, pendarahan dari soket gigi akan berlaku untuk beberapa minit. Biasanya pendarahan ini akan berhenti apabila darah membeku di dalam soket gigi. Darah beku ini mudah terganggu. Gangguan ini boleh menyebabkan pendarahan semula. Untuk mengelakkan perkara ini, Sila ambil tindakan berikut:
  1. Elakkan daripada kerap berkumur dalam masa 24 jam selepas cabutan.
  2. Jangan mengusik soket gigi dengan lidah atau jari.
  3. Selepas cabutan, makan makanan yang lembut sahaja.
  4. Jangan mengunyah makanan di sebelah gigi yang dicabut selama 3 hari.
  5. Elakkan daripada banyak bercakap atau bersenam pada hari tersebut.
  6. Elakkan minuman keras atau panas selepas cabutan.
  7. Jangan merokok selepas cabutan gigi.
  8. Jika soket gigi masih lagi berdarah, gunakan saputangan yang bersih, letakkan pada soket gigi dan gigit selama 15-30minit.
  9. Jika pendarahan tidak berhenti selepas 24 jam, sila kembali ke klinik untuk mendapat rawatan lanjutan.
  10. Sila makan ubat mengikut arahan yang diberikan.
  11. Jika rasa kesakitan selepas cabutan gigi, makanlah ubat penahan sakit yang diberikan oleh doktor gigi.
Itu sahaja tips-tips yang boleh aku kongsikan. Actually, copy paste dari kertas arahan yang doktor tu bagi je. Hehehe.... Credit to Klinik Pakar Pergigian Hospital Umum Sarawak for the info. Ni second time cabut gigi. First time tak ajar pun nak buat cammana, so ikut suka hati aku jelah.

Nampaknya 3 hari ni makan bubur je lah. Kalo bosan sangat, makan maggi. Maggi pun consider lembut jugak kan? Kena kurangkan cakap. Tak boleh lah nak bergayut kat telefon lama-lama ngan emak. Bab ni mesti hubby aku suka sebab bini dia tak boleh nak bebel. Hehhehehe..

Pipi kiri tengah bengkak. Bukan tembam tau...

Gigi yang dicabut bersama dengan cebisan gusi yang melekat. Scary tak gigi besar ni kena korek keluar? Ke geli? Hahaha...jangan marah ya sesape yang geli. Ni my moment to remember.

Ubat-ubatan. Difflam untuk kasi kebas, Ibuprofen tahan sakit, papase kurangkan bengkak, antibiotik untuk elakkan infection, gauze kena gigit untuk berhentikan darah. Eh, dah macam bagi kaunseling kat patient plak.

Doakan aku cepat ok ye. Nak makan makanan yang sedap-sedap. Disebabkan my job memang kena banyak cakap and aku plak kena elakkan bercakap banyak, doktor pun bagi sick leave 3 hari. Yayyyy!!!

Sunday, July 11, 2010

Weekend ini

Kisah jaring

Akhirnya kami berjaya pasang net kat corridor rumah ni. Walaupun rasanya pagar tu agak rapat. Safety first.

Ini budak yang suka duk main kat area ni. Especially time aku sidai baju. Dia suka betul intai orang swimming kat pool bawah tu. Aku plak gayat tengok dia buat macam tu. Kitorang duk level 8. So bahaya....

Align LeftCak!! Muka budak tak gayat tinggi.....

Kisah tupperware

Baru memborong Freezermate dari tauke tupperware di opis. Hasilnya......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Borong ikan untuk masak next week. Harap-harap tupperware baru bagi aku semangat nak masak dan makan kat rumah. Hehehehe.....

Kisah geram

Tengah hari tadi aku rasa sangat geram. Tengah bersemangat nak masak, tiba-tiba aku tak jumpa bekas untuk blender bawang. Puas cari satu rumah. Bawah sofa, dalam drawer, dalam almari, semua bilik tido, bilik air. Tak gak jumpa.

Tiba-tiba tergerak nak cari kat sini.


Huaaa......Rupa-rupanya ada budak dah sorokkan bekas blender kat dalam beg crocs ni.

Muka tak bersalah. Boleh sambung main dengan bekas ni bila aku keluarkan dari tempat sorokan. Muka innocence yang buat aku tak jadi nak marah.



Thursday, July 8, 2010

Pagi Jumaat bersama Sofea

Hari ni aku keja petang. Kul 1 baru masuk keja, kul 10 malam balik. So, malaslah nak hantar Sofea gi nursery waktu pagi. Takut hari ni dia kurang kasih sayang dari aku plak. Mama mithali. Haruslah terpikir macam tu kan. Hehehehe.... So apa aktiviti kitorang pagi ni?

Kejar-kejar

Lari...lari....mama nak pakai kan baju

Baik bawak lari baju skali. Tak dapat mama nak pakaikan baju.

Agak agak, kalo lompat masuk dalam baby cot ni lepas tak?

Hello mama..hello. Sorry, Sofea tak nak pakai baju dulu. Sofea nak jadi seksi sekali sekala. Bye! Tut..tut...tut...

Main lego

Banyak-banyak tempat, kat celah sofa ni jugak lah dia nak main lego.

Muka khusyuk gila. Fokus...fokus...

Sampai terpusing-pusing, tak jugak berjaya pasang lego je. Achievement Sofea takat ni, tahu cabut je lego-lego tu. Cantum belum reti lagi.

Potong kuku

Apa yang Sofea tengah buat ni?

Kuku kaki dah panjang. Tengah nak potong ler.....

Apa pandang-pandang. Nak Sofea tolong potongkan kuku sekali ke?

Tido


Dah penat beraktiviti. Time to sleep!!! Bagi chance kat mama mandi, masak, sidai baju, bersiap nak gi kerja.


Wednesday, July 7, 2010

MYVI Limited Edition 2010

Attention to ladies yang favorite colour warna pink. Good news for you all. Skang ni dah ada MYVI warna pink. Memang sangat pink. So bolehlah serbu showroom Perodua ye untuk tambah koleksi barangan pink kalian. Hehehehe....

Hari ni launching Myvi limited edition ni. So sesaja gi tengok. Macam-macam variant Myvi ni lah. Special edition lah, exclusive edition. Now Limited edition plak. For me, maybe lebih sesuai dipanggil Ladies Edition. Yalah, warna pink, lepas tu kat bahagian tengah tempat radio dengan bahagian armrest ada corak bunga-bunga. Dekat bahagian driver pun dah ada vanity mirror untuk kaum wanita touch up make up ke, cek tudung senget ke tak.

Walaupun nampak pink, warna myvi baru ni dipanggil Dazzling red

Ada corak bunga-bunga

New seat and carpet

Myvi Limited Edition ni sama je ngan Myvi Auto yang standard tu (Myvi EZ). Yang bezanya lagi Myvi LE ni ada dual airbags. Spoiler pun tak ada. Kalo ada mesti lagi cantik kan.

Blog owner dan Myvi LE. Nampak sesuai tak?

Skang ni macam perlu kan second car. Walaupun aku ni bukan lah peminat colour pink dan tak nampak feminin pun, agak-agaknya ok tak kalo rembat satu? (Ingat beli kereta ni macam beli ikan ke nak rembat-rembat ni Cik Azura oi....)

Monday, July 5, 2010

Buka puasa @ Kenny Rogers

Dah 1 week tak update blog. Tak ade cerita menarik. So kali ni buat entry bergambar je. Waktu kejadian adalah maghrib semalam. Berbuka puasa kat Kenny Rogers. Kalo nak masak kat rumah memang tak sempat sebab tinggal setengah jam je nak masuk waktu maghrib. Harap2 bulan puasa nanti dapat sampai rumah awal. Kalo tak, memang lintang pukang bersilat kat dapur. Maklumlah, Sarawak kan lebih cepat gelap berbanding kat KL nun. Kalo nak banding ngan Sabah lagi toksah cerita, kul 6 dah nak gelap dah.

Macaroni cheese, mashed potato and fruits. Side dish wajib bila makan kenny rogers. Ayam mesti bahagian peha.

Fuh fuh...panas plak muffin ni.

Menu Sofea takde kat Kenny Rogers ni. Diimport khas dari restoran seberang. Nampak tak logo restoran tu?

Nyum nyummm...Sedapnya. Nugget KFC!!


Tuesday, June 29, 2010

1st shopping without stroller

Dan 'kami' hanya berdua ok ('kami' means aku dan sofea. Kalo 'kami' merangkap aku dan hubby, memanglah tak perlu stroller pun. hehehehe...) Sebab tulah aku decide taknak bawak stroller masa pegi The Spring dengan Sofea last Sunday. Sofea skang asyik taknak duduk dalam stroller sebab nak jalan sendiri. Yalah, excited dah pandai jalan. Takut last-last aku jadi tukang tolak stroller, Sofea plak merayau ntah ke mana-mana ntah.

Actually only two of us jalan-jalan sebab kebosanan yang amat sangat setelah ditinggalkan oleh encik suami selama seminggu. Hari Sabtu lepas hubby pegi KL, hari Jumaat ni baru nak balik. Huaaaaa.....sedihnya. Aku memang jadi superwomen for 1 week. Survivor gitu.

Bila duduk rumah, kami tak tau nak buat apa. So, bawaklah Sofea keluar dengan niat nak cuci-cuci mata. Memang cuci mata habislah. Siap sempat beli 1 quilt size King, dan 1 set comforter+ bedsheet size queen lagi. Dengan tak cukup tangan sebab dukung Sofea, ade hati nak beli 2 comforter lagi tu.

Rehat-rehat di nursing room lepas penat jalan dan lenguh tangan dukung budak 10kg. Thanx to breastfeeding. Tak perlu susah payah bawak beg dengan botol susu. Boleh jalan-jalan berdua dengan anak lenggang kangkung. Asal tengok Sofea haus je, cari port, selak baju. Hehehehe...Habit Sofea skang masa menyusu ialah picit2 mulut mak dia yang seksi tu.

Singgah Poppies sebab nak beli pinggan kecik Sofea. Dalam kedai ni ada area untuk budak-budak main. Memang sakan Sofea duk dalam tu sampai tak nak keluar.

Ini kira milestone Sofea bila 13 bulan. Main sambil mencangkung.

Sofea dah pandai sedut air pakai straw. Skill baru jugak ni. Eh, Sofea gi mana ngan mama dia ni? Ada banyak kerusi, lepas tu tempat agak gelap ni?

Kami tengok movie. Ya betul!!!!! Tak patut betul mama Sofea ni. Bolehlah plak bawak anak masuk panggung time papanya takde. Tapi Sofea tak tengok pun cerita tu walaupun cerita tu sesuai gak untuk Sofea. Sofea lebih suka tidur. Mama dia je yang tengok sorang-sorang. Gelak pun sorang-sorang. Kesian....

Cerita ni memang best giler. Kreatif sungguh orang2 yang buat cerita ni. Memang otak kartun betul.

Itu jelah aktiviti last weekend 'kami'. Weekend ni encik suami balik, plan aktiviti lain plak.

Saturday, June 19, 2010

Bila anak sakit...

Hati si emak sangat risau, keliru dan celaru. Mestilah risau sebab anak sakitkan. Tengok dia melepek je tak aktif. Demam plak tak kebah-kebah. Batuk tak berhenti-henti. Hingus asyik meleleh je. Tapi kenapa pulak nak keliru dan celaru ni? Mana tak keliru, duk pikir nak gi keja jugak ke atau nak ambil cuti jaga anak? Bagi aku inilah dilema seorang emak yang berkerjaya. Betul tak? Ke aku sorang je yang ade dilema cam tu?

This week aku memang sangat tak produktif dalam kerja. Tersangat-sangat. Isnin sampai Rabu aku sakit mata. So dah sah-sah 3 hari berehat kat rumah supaya tak berjangkit kat orang lain. Sofea aku hantar nursery gak dengan harapan dia tak berjangkit dari aku. Tapi hari Selasa tu dia plak sakit. Bukan sakit mata, tapi demam selesema dan batuk. Nasib baik sick leave so Rabu tu aku jaga dia je kat rumah. Hari tu pun kitorang tinggal berdua je sebab husband gi kursus 2 hari kat KL.

Aku punya dilema start hari Khamis. Hari tu dah start keja. Sofea masih gak demam. Cammane nak buat? Nak ambil cuti, baru je sick leave 3 hari. Nak bawak gi klinik panel husband, bukak kul 8.30 pagi. Nanti of course sampai tempat kerja lambat dan memang susah cari parking. Pepaham lah. Hospital kerajaan...Last2 aku decide pegi jugak keja tapi before tu bawa Sofea ke staff clinic kat Hospital. Aku masuk keja pukul 8.30pagi tapi before pukul 7.30 aku dah sampai supaya dapat nombor awal. Tapi rasa mcm penat je dtg awal. Dapat nombor giliran yang ke 3 tapi jumpa doktor kul 9.30. 2 jam menunggu sebab doktor kat clinic tu sick leave plak. Doktor yang ganti tu plak jarang tengok patient sebab skang dia buat keja admin je. So, memang aku rasa sangat tak confidence dengan doktor tu. Bole plak depan2 aku tanya cammane nak tulis kat prescription. Berapa dos? Ubat ape nak bagi? Antibiotik kata nak bagi tapi tak bagi. Kalo tau camtu, takdelah penat aku tunggu sampai 2 jam last2 aku sendiri decide ubat apa nak bagi.

Lepas gi klinik, hantar Sofea ke nursery. Punyalah melalak bila kena hantar nursery. Rasa macam tak sampai hati plak tinggalkan budak demam suruh orang nursery jaga. Mulalah rasa bersalah sebab tak boleh jaga anak sendiri time sakit. Disebabkan perasaan camtu, kat tempat kerja pun cam tak bole nak focus. So, lunch hour cepat2 pegi lawat sofea kat nursery. Rupa2 nya Sofea baru je berenti nangis. Lama gak menangis. Dekat 2 jam. Lepas tu taknak tido, taknak minum susu. Ish...ishh..ish....Nasib baik aku pegi lawat dia. Bila aku susukan dia, barulah dia tertido.

Lepas balik keja, ambil Sofea. Sampai-sampai nursery dia tengah melalak lagi. Aku tengok muka dia penuh rambut sebab habit baru dia yang suka tarik rambut sendiri pastu masukkan dalam mulut. Alahai Sofea, macam mane rambut nak lebat kalo asyik cabut je? Sapu minyak kelapa dara berkoyan-koyan pun tak berkesan kalo pastu rambut yang tumbuh kena cabut.

Malam tu tido agak awal. Dalam kul 8.30 malam dah tido. Tapi pastu dalam kul 10.30 aku terjaga balik sebab rasa macam tengah tido sambil bertungku. Sofea tido sebelah aku je then aku rasa badan dia panas gila. Haba badan dia buat aku sampai terbangun dari tido. Cek-cek temperature 39.4 degree celcius. Wahh, memang tinggi. Cepat-cepat aku bagi panadol, lap-lap kan badan dengan kain lembap. Lepas tu aku blank. Tak tau nak buat ape lagi. Dahle berdua dengan dia je tanpa hubby di sisi. Sedara mara apatah lagi. Time tu boleh lak terpikir, "Ni yang kena balik semenanjung. Senang. Sedara mara ramai. Parents dekat". Huaaa....sedih.

Dalam kul 11.30 malam aku decide pegi bawak Sofea ke Hospital Normah. Tu pun lepas consult ngan abah sebab temperature tinggi sangat. Takut plak kena fit nanti. Aku dahlah tak pernah drive tengah malam. Berdua ngan anak je plak tu. (Asyik2 bagitau berdua dengan anak je kan? Tu statement penting sebab nak tunjukkan survival aku. Hehehehe...). Pegi sana, service bagus, doktor pun bagi consultation dan ubat yang menyenangkan hati aku. Alhamdulillah..... Kat hospital temperature Sofea 38.3. Masih tinggi. Tapi ada improvement lepas bagi panadol dan buat sponging. Dia pun nampak aktif sket.

Bila dah ok sket, tak reti duduk diam. Asyik nak duduk mencangkung sambil mengelap lantai dengan towel kecik lap hingus dia.

Lepas bosan lap lantai, lap pulak wheelchair.

Sampai je rumah, terus bagi Sofea makan antibiotik ngan ubat batuk and dia pun tido balik. Tapi lepas tu setiap jam dia bangun. Mula-mula bangun tengok jantung dia laju sangat. Mungkin kesan ubat batuk salbutamol expectorant tu. Memang bole buat palpitation. Pastu bangun tengok dia menggigil plak. Cek temperature masih 38.4. Bagi dia makan panadol lagi. Pastu bangun nak susu, lepas tu muntah............

Budak demam yang kena tido atas towel. Sebab muntah tengah malam, tak larat aku nak tukar cadar. Just bersihkan muntah dan lapik dengan towel je.

Bangus esok pagi, aku memang flat gila. Dengan tak cukup tido malam, Sofea aku tengok masih lagi demam dan melepek je, terpaksa aku decide mintak EL dari bos. So, this week, aku keja 1 hari je. Aku tak sanggup biarkan orang nursery jaga dia time demam. Lagipun kalo keja pun memang tak bole focus. Sepanjang hari tu dia plak taknak makan. Asyik nak bergayut je. Nasib baik jugaklah masih nak susu. Lepas beberapa dos antibiotik, demam dia pun dah kebah. Syukur, Alhamdulillah......

Bila dah jadi emak, barulah terasa pengorbanan emak kita dari kita kecik sampai sekarang kan. Especially kalo emak yang berkerjaya. Terpaksa ambil cuti nak jaga kita. Korang macamane. Ada dilema macam aku tak?