Tuesday, July 12, 2011

Terima kasih sebab menyokong bang..

Hari ni dapat hadiah dari Encik hubby. Upright freezer brand Elba untuk letak stok EBM aku yang tak seberapa. Hopefully lepas ni bersemangat nak kumpul stok banyak-banyak. Minggu depan dah start kerja. Bulan puasa pun tak lama lagi. Doakan usaha aku mengumpul stok berjaya. Terima kasih bang! Kalo tak dapat penuhkan dengan susu, kita simpan durian, Ikan patin, karipap frozen dan segala macam lagi...


Masih berbalut lagi. Suka sangat freezer ni sebab kurus tinggi jadi tak makan ruang. Ada 6 drawer kesemuanya. Best ..best... Lepas ni semua makanan aku nak bekukan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 11, 2011

My last day in Kuching

Just nak share gambar. Macam wordless Wednesday gak...

















- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, July 9, 2011

Bye bye Kuching..

Jam dah pukul 1 pagi. Tapi mata masih tak boleh nak lelap lagi. Maybe sebab penat mengemas berhari-hari dan hari ni kemuncaknya. Lagi pulak, malam ni jugak malam terakhir aku tidur dekat rumah sewaku di Kuching dan akan pindah semula ke kampung halaman, Melaka. Gembira ada, sedih pun ada jugak. Maklumlah, dah dekat 3 tahun aku dekat sini dan ada macam-macam kenangan berharga. Paling sedih sebab terpaksa berpisah dengan rakan sekerja. Harap-harap dapat jumpa lagi..

So, sempena perpindahan aku ke semenanjung, my department ada buat farewell party semalam. Thank you very much! Especially hadiah Tupperware tu. Tak sempat nak ambil gambar untuk tayang dekat sini. Dapat je hadiah, time tu gak Sofea suruh bukak. Hehe..


With my KPF, Pn Aminah...She is a very understanding boss.


My mentor aka boss in Outpatient Pharmacy department, Pn Zanisah. Thank you puan for your guidance.


Bersama hidangan lauk pauk yang lazat. Time tu aku ada bawak air mata kucing as dessert. Terima kasih atas puji pujian. No secret recipe ye. Masak air mata kucing based on segala stok yang tinggal untuk dihabiskan je.


My other colleague. I'll miss u all! Sob..sob..sob

Memandangkan hari ni last day kat sini, hubby bawak pegi Kedai pasu untuk beli pasu Sarawak. Bayangkan, 3 tahun duduk Kuching, ni pertama kali datang. Cantik-cantik rupanya. Banyak jugak ah kitorang borong.


Hubby dan Sofea rambang mata tengok banyak pasu cantik-cantik.

Ermm...berakhirlah sudah kisah aku dekat Sarawak. Lepas ni entry aku cerita jalan-jalan cari makan kat semenanjung bersama saudara mara dan rakan -rakan lama je lah ye. Yeay korang. Aku nak balik dah ni. Gathering atau kenduri kawin jangan lupa jemput lah haraonya ya. Gambar terakhir yang nak dikongsi...


Banyak gila barang yang nak dibawa balik. Ni baru 50% je...

Wednesday, July 6, 2011

WW: Ragam anak sulung saya

Dah penat, mana-mana pun boleh...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 5, 2011

WW: Habit baru Sofea

Usap kepala botak adik baru dapat tidur.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 3, 2011

Diana @ 2 months

Alamak, Diana dah 2 bulan setengah tapi belum update lagi milestone 2 bulan. Ni milestone Diana 2 bulan....


Berat = 4.5kg, height = 54.5cm. Tapi baru je 3 hari lalu jumpa doktor lagi. Terkini, berat = 5.1kg, height = 60cm. Wah, cepat betul meninggi. Mana taknya, Diana kuat minum susu. Sekali minum EBM, habis 6oz.


Diana pun dah kuat senyum dan gelak. Mulut dah macam nak cuba bercakap-cakap.


Kepala Diana pun dah tegak. Senang sikit nak dukung.

Selain tu, Diana suka masukkan tangan dalam mulut. Dah habis basah satu tangan, masukkan satu tangan lagi plak.

Skang waktu malam, Diana dah boleh tidur lama. Bangun minum susu 1-2 kali je. Kurang dah mata panda ni.

Ermm... Tu jelah perkembangan Diana terkini. Nanti update lagi.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, July 2, 2011

Jimat ruang hatipun senang

Sekarang ni aktiviti harian aku ialah kemas, kemas, kemas. Hari-hari mengemas dan membungkus barang nak pindah. Bila tengok banyak sangat nak bungkus, mulalah kepala pusing. Lebih-lebih lagi banyak barang yang makan ruang dan perlukan banyak kotak besar. Contohnya comforter, tilam lembek, bantal. Aku memang ada banyak sebab selalu ada tetamu dan baru je borong bantal ngan tilam kekabu kat Serikin. Fikir punya fikir, akhirnya jumpa jalan penyelesaian. Tarraaaa....


Vacuum compressed bag. Aku beli brand biasa je bukan Cosway. Cosway mahal...


Before disedut, inilah rupa 5 bantal yang disumbat dalam 1 bag.


Lepas udara kena sedut, terus jadi kempis. Suka....


Mana tak suka, 5 bantal dah jadi nipis macam ni


1 bag 5 bantal dan 1 bag 2 tilam lembek.


1 kotak yang diisi dengan 4 bantal, 2 comforter, 1 selimut dan 1 cadar.

Oklah, nak sambung mengemas. Banyak lagi yang belum selesai. 7 days to go...