Wednesday, May 18, 2011

Diana @ 1 month

Weight = 3.95kg

Diana sudah 1 bulan semalam. Bawa dia pergi jumpa paed semalam, Dr Alex untuk 2nd dose Hep B vaccine dan cek kuning. Ya, walaupun dia dah 1 bulan, masih follow up jaundice sebab dia baru je discharged dari wad 4 hari lalu buat kali ke 4. So, doktor diagnosed prolonged NNJ. Maybe betul tekaan aku selama ni, breastmilk jaundice. Semua investigaton yang dibuat normal. Sampai buat ultrasound abdomen pun normal gak. Atas nasihat doktor, dia suruh jugak aku campur susu formula supaya cepat turun. Time tu Diana punya bilirubin 16.4mg/dl. Alhamdulillah, bila aku bagi je formula esoknya bilirubin dia terus turun sampai 11.8mg/dl. Kalo tak, macam sebelum ni payah nak turun. Dari 15mg/dl turun ke 12.6mg/dl je. Itupun ambil masa sampai 2 hari duduk bawah lampu. Aku tahu breastmilk jaundice memang lama tapi tak bahaya. Tapi kalo dah sampai 4 kali admit untuk phototherapy, risau gak. Mengalah juga akhirnya. Semuanya demi yang terbaik untuk anak. Terpaksa campur formula sampai dia betul-betul sembuh. Aku bagi dia Frisolac Gold. Selamat dapat susu sample masa follow up kat GP sebelum ni. Ok Diana, lepas ni Diana minum susu mama je ye. Susu ibu kan makanan terbaik buat bayi.

Dengan nenek masa nak jumpa doktor

Selalu tersenyum sorang-sorang masa tidur

Kadang-kadang Diana dah pandai buat bunyi bunyi macam menegur.

Sofea dah boleh bermesra dengan Diana. Dia panggil Diana, "Nana". Oklah tu kan. Nama Diana pandai dia panggil. Tapi nama sendiri tak pernah sebut. Ish ish...

Itu saja milestone Diana masa 1 bulan. Baru 1 bulan kan, memang lah tak banyak benda lagi achievement dia. Hari-hari minum susu, berak, tidur, nangis dengan sengih-sengih. Tidur malam dah agak lama sikit. Semoga anak mama cepat membesar dan boleh main dengan kakak Sofea.

WW: QMN 5225

Old QMN 5225 - November 2008 until 18 May 2011



*Sangat berjasa for 2 1/2 years. Tak ada masalah dan bonet yang besar.....

New QMN 5225 - 18 May 2011



* My hubby's dream car. So now, his dream come true.

Bye bye old one and welcome new one!

Tuesday, May 17, 2011

Happy 3rd Anniversary!

Alhamdulillah. Sudah 3 tahun kami berkahwin. Pejam celik pejam celik, tak sangka dah ada 2 orang anak. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je berdua macam ni....

18 Mei 2008

Sekarang dah macam ni....

17 Mei 2011

Memandangkan aku masih dalam pantang, celebration untuk 3rd anniversary kenalah bersesuaian dengan mode berpantang. Best sebab kali ni our anniversary jatuh pada Hari Wesak, so memang cuti umum. Tak payahlah my dear hubby nak apply cuti untuk celebrate. Tapi we all dapat spend together berdua-duaan 4 jam. Tak sampai hati nak tinggalkan budak2 kenit dekat rumah lama-lama. So, kali ni we all pergi sini...

We all buat body massage bukan urut kaki.

Siap bawak minyak sendiri untuk kesan yang lebih hangat. Kata berpantang kan.....

Empunya blog yang berpuas hati sebab sampai tertidur-tidur. Heheheh. Siap buat promotion harga servis lagi....

And for lunch, we all pergi Riverside Majestic Hotel for western food. Nak pekena blackpepper steak. Tu je menu yang aku rasa sesuai untuk aku skang.

My dear hubby

My dessert

Hubby's dessert

My food. Yummy!

Hubby's food. Lagi yummy!

Itu saja celebration kali ni. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat dan hidup aman bahagia. I love u abang!


Monday, May 16, 2011

Thanks for visiting us

Short entry ni nak dekat sebulan diperap. Almaklumlah, asyik keluar masuk wad je.Takde masa nak mengupdate blog sangat. Macamlah sebelum ni rajin sangat nak mengupdate blog...Heheheh.

Actually nak ucap terima kasih kepada semua yang sudi melawat aku di wad selepas bersalin. Terima kasih juga dengan hadiah yang diberikan. Semoga kalian dimurahkan rezeki...

Gie dan Ariff datang melawat pada hari aku bersalin. Thanx for baju baby yang kiut. Boleh buat pakai untuk majlis Aqiqah nanti.

PRP merangkap my junior di SGH dan juga Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang datang visit masa aku dan Diana di admit semula sebab jaundis. Thanx ye sebab visit dan bagi hamper. Tak sangka korang datang visit. Ketua rombongan ialah my cousin, Faiz yg kerja kat Hosp Queen Elizabeth.


Wednesday, May 11, 2011

WW: Kakak & Adik

Orang lain ber "wordless wednesday", aku pun taknak ketinggalan jugak. Hehehe.....




Tema baju untuk adik beradik ini.....polka dot!

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia terutama sekali my mom yang amat kusayangi.

My beloved emak, Pn Ramlah Bt Abdullah

Terima kasih tak terhingga kerana bersusah-payah selama 3 minggu menjaga anakmu di perantauan ini dari sebelum bersalin, sedang bertarung nyawa di labor room, lepas bersalin dan berpantang sampailah aku agak sihat nak mengharungi hari-hari pantang yang berbaki 24 hari lagi ni. Sayang emak sangat-sangat...

Emak yang sanggup bermalam menemani aku di wad sebelum bersalin.

Dan selepas bersalin

Termasuk juga menemani aku di wad semasa menjaga Diana yang berphototherapy disebabkan jaundis. Kasihan emak sebab terpaksa tidur atas sleeping chair yang kurang selesa kerana nak menjaga aku. Rasa sangat terharu.

Setiap hari di rumah, emak terpaksa memikirkan pelbagai menu untuk aku yang berpantang. Walaupun dalam pantang, aku rasa macam tak ada masalah sebab semua lauk yang mak masak menyelerakan. Kalau hari-hari tak berpantang dapat macam tu kan best. Emak jugalah yang menjadi tukang urut untuk beberapa hari, pakaikan bengkung, panaskan batu tungku, masakkan air herba, mandikan baby dan macam-macam lagi. Sampai kadang-kadang aku terfikir, mampukah aku jadi seperti emak untuk anak-anakku nanti?

Buat emak, terima kasih sekali lagi atas segala pengorbanan emak untuk Zura selama ini. Emaklah idola Zura untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak......



Wednesday, May 4, 2011

Admitted again


Day 17 of life. Buat kali ke 3, Diana dimasukkan wad sebab jaundice. Dr Alex kata Diana dah pecah rekod sebab baby lain paling banyak masuk 2 kali je. Bilirubin hari ni 15mg/dl. Tak setinggi sebelum ni. Berat badan = 3.30kg. Naik daripada last admission tapi x capai berat baru lahir. Sepatutnya kalo ikut umur dia 2 minggu lebih, berat badan dah bertambah 1/2 kilo. So, Dr Alex buat conclusion yg Diana tak menyusu dengan cukup menyebabkan breastfeeding jaundice. Beza tau dengan breastmilk jaundice. Aku punya conclusion kenapa Diana tak cukup susu, aku tak dapat nak focus breastfeed Diana masa dekat rumah sebab Sofea nak kita beri perhatian kat dia jugak. Time aku menyusu Diana, time tu lah Sofea nak susu gak. Kalo aku taknak breastfeed dia, dia suruh aku pegangkan botol susu dia. Dia taknak pegang sendiri. Takpun dia ajak aku main. Takpun ajak tidur. Diana, Sofea suruh aku letak dia dalam baby cot. Aku kesiankan Diana, tapi kesian dekat Sofea jugak. Inilah cabaran bila dah ada 2 orang anak. Sesiapa yang dah anak 2 orang. Boleh bagi tips tak cammane nak handle 2 orang tanpa menyebabkan diorang rasa tersisih?