Thursday, May 14, 2009

Makanan pantang lepas bersalin

Aku dengar lepas bersalin banyak jenis makanan kena pantang. Macam-macam x boleh. Betulke? Bawah ni senarai makanan yang kena pantang:
  1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) - badan bisa & bentan
  2. Ikan masin + kering - nifas bau busuk
  3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood - kulit gatal2
  4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) - sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
  5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) - sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
  6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau - sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk
Erm....kalo macam ni punya banyak pantang, nak makan apa? Segala benda yang aku rasa berkhasiat dan aku suka tak bole makan. Perlu ke aku berpantang se 'strict' ini. Any comment?

Sunday, May 10, 2009

Wishlist


Sampai2 rumah, aku disambut oleh barang2 baby yg di 'present' kan oleh my mom and adik2. Wah...nampaknya diorang shopping barang baby lebih dari aku sendiri. Thanx so much... Tak payah beli lagi. Tapi aku masih ada banyak wishlist. Ada sesapa yang sudi nak bagi ke?


  1. Stroller
  2. Baby sling
  3. Cloth diaper
  4. Snowbear bottle warmer
  5. Nursing pillow
  6. Bottle sterilizer
Ish..ish...mahal gak wishlist aku ni. Sebab tu jadi wishlist, tak jadi list yang aku beli...

Saturday, May 9, 2009

Aku sudah pulang....

Finally aku dah dekat Melaka untuk deliver my baby. Tinggal 3 minggu je lagi. Skarang ni mmg dah x de mood untuk kerja eventhough aku tahu aku kena kerja kat Hospital Melaka 2 weeks before due. Hopefully diorang bg kerja senang je untuk aku yg tgh sarat mcm packing2 ubat, duduk2 bagi kaunseling. Hehehe...

Bawah ni aku share sket gambar aku nak balik Melaka.

Ade tertera MEDA kat bahagian remarks. Tu maksudnya aku penumpang yg special dan perlu dapat layanan khas..... Kitorang datang airport awal sebab my hubby pun kena naik flight utk ke KK for kursus. Same day plak. Lepak dekat Starbuck utk dpt kerusi empuk.


Ni lah kot layanan khasnya. Org lain makan satu kotak, aku makan 3 kotak. Org lain makan 1 paket kacang, aku makan 10 paket kacang. Nama pun eat for two. Dapat plak pillow & blanket tanpa diminta2. Best! Masa aku 34 weeks ada naik flight gak utk ke KL. Tp AIR ASIA lah. Minta bantal kecik dr stewardess tu. Tp x dapat sebab kalo nak kena beli dari diorang. Hampeh tul. So kat sini aku nak promote, naiklah MAS for better service. MH for Malaysia Hospitality.

Thursday, May 7, 2009

Baby and Mom checklist....

I have 25 days to go before my EDD. Rase berdebar2 bcoz mcm tak lame je lagi nak jadi mummy. Banyak jugak barang yg belum beli. Duk kat Kuching tp confinement kat Melaka (FYI, I dah dpt approval naik flight. Yeay!!), tu yang confuse nak beli barang siap2 kat sini ke atau tunggu balik Melaka. Takut dah beli byk2 terlebih limit kg utk naik flight plak.

I got this list from www.bsn.com/puspanita and try to check anything yg lum beli lagi...

Toiletries:
  1. Bath Towel
  2. Towel kecil (alas susu)
  3. Baby Shower Foam
  4. Baby Cologne - update 12/5
  5. Baby powder
  6. Baby oil - update 12/5
  7. Vicks - update 12/5
  8. Minyak telon - update 12/5
  9. Baby Diaper Rash Cream - nanti ambil dr hospital
  10. Baby Comb
  11. Baby manicure set
  12. Nose Cleaner
  13. Ear Pick - perlu ke?
  14. Baby Temperature Detect - detect pakai tangan sendiri je lah
  15. Cotton Balls - nanti amek kat hospital
  16. Cotton Bud
  17. Baby Wet Wipes
  18. Drypers New Born - update 12/5
  19. Tissue Kotak
  20. Liquid Detergent
  21. Bottles & Nipples Liquid Cleanser
  22. Baby Toiletries Box - perlu ke box khas utk toiletries?
  23. Baby Clothes Box - update 12/5
  24. Baby Bath Tub
  25. Baby Bath Mat - nanti lah beli
  26. Baby Change Mat
  27. Bakul Baju Kotor - ni pun perlu special utk baby ke?
  28. Gayung - pakai gayung yg dah ada
  29. Baby Hanger - hang pakai ape2 hanger je
  30. Nappy Hanger - ni nanti beli bila balik kuching semula
Clothes/ Wardrobe:
  1. Bengkung
  2. Lampin (Bedung baby)
  3. Long Sleeve Shirt + Trousers
  4. Short Sleeve Shirt + Trousers
  5. Booties + Mittens
  6. Cap
  7. Baby Bib
Nursing Items:
  1. 9 ounces bottle
  2. 4 ounces bottle
  3. Nipples
  4. Breast Pump
  5. Cooler Bag
  6. Bottle brush & nipple brush
  7. Bottle sterilizer/steamer
Bedroom Set:
  1. Tilam
  2. Pillow set (1 pillow + 2 booster)
  3. Comforter
  4. Hooded Blanket
  5. Mosquito Net - update 12/5
Mum’s Items:
  1. Air Selusuh
  2. Jamu-jamu 1 set
  3. Batu tungku
  4. Maternity pad
  5. Breast pad
  6. Socks
  7. Bengkung

Additional Items:

  1. Baby Cot
  2. Stroller - x perlu lagi
  3. Car Seat
  4. Bouncer
  5. Walker - lambat lg nak jalan

baru je beli last sunday. sukenya!

hospital bag for my baby

hospital bag for mommy

Saturday, May 2, 2009

not fit to travel?

*From http://www.malaysiaairlines.com/

Can a pregnant woman board the aircraft?

Expectant mothers with a normal pregnancy are allowed to travel until the 35th week. They must produce an official medical certificate signed by the appointed doctor indicating the expected date of confinement and fitness for travel. For expectant mothers travelling internationally, we strongly advise that you seek clearance from the respective embassies to avoid deportation.
--------------------------------------------------------------------------------
So, cammaner status aku skarang? I'm already 35 weeks and my flight ticket to KL next Friday. Aku x boleh balik awal sbb bos aku lepaskan aku untuk attachment di Hospital Melaka only 2 weeks before EDD. Dia kata masih selamat lg naik flight eventhough aku dh bgtau syarat2 naik flight utk expectant mother x bole lebih 35weeks. "Kalo panel doctor MAS sahkan awak boleh naik flight awak masih boleh balik even 2 weeks b4 EDD. Jgn risau. Kalo awak takut jugak, awak kena ambil cuti rehat awak sendiri 2 weeks b4 attachment". Uish, x kan nak abiskan cuti banyak b4 deliver. Kena simpan cuti utk my baby lg, balik raya lg. So aku just ambil cuti 1 week b4 attachment.

Last Thursday b4 cuti 3 hari ni aku cuba ikut procedure yg ditetapkan oleh MAS. Diorang kata kalo nak naik flight after 35 weeks kena isi special form dan perlu disahkan fit utk travel oleh panel doctor MAS. So, aku pun berusahalah dapatkan pengesahan tu. Malangnya doktor tu x nak sign form tu. Dia x nak responsible kalo aku terberanak atas flight and suruh aku cari doktor lain. Selamatlah aku ni staff hospital. Kalo x dah kena g klinik2 tuk cari doktor yg berani nak responsible. Aku mmg dah x cukup mase nak hantar form sbb jumaat cuti. Isnin dah masuk 36 weeks. Dapat gak pengesahan dari doktor yg baik hati. Aku ingat dah settle tp rupanya kena tunggu approval dari panel doktor dekat KL plak....

Malam tu bukak email....
Good day
Our Doc in Medical Centre
adv that Mrs Azlan are not fit to trvl on this date
can only trvl before 4May
If need any assistance or querry kindly call our doctor..


Huaaaaa..................problem aku blum settle lg. Aku ingat kalo bapak aku ikut skali naik flight diorang akan lepaskan. Kepada bos aku, INGAT SENANG KE NAK NAIK FLIGHT LEPAS 35WEEKS? So kawan2, doakanlah aku berjaya balik Melaka next Friday. Aku masih di Kuching ni dan terus berusaha utk dpt approval.

Wednesday, April 15, 2009

good mood


Ari ni ade mood nak tulis blog. Selain atas permintaan ramai, today is my travelling day to KL. Tak payah siap2 gi keja pagi2, leh bangun lambat. yey!!!! Flight ke KL kul 3, pegi dgn hubby. Sgt excited nak ke KL even bukannye blk umah, asalkan dpt keluar dr kuching yg dah buat aku mati kutu kat sini.

Now, i'm already 33 weeks. Masih lepas utk naik flight airasia. Kalo 35 minggu ke atas baru x boleh. Even dah sarat, aku gagahkan diri utk pegi ke NHAM scientific meeting di KL supaya dpt CPD point. Walaupun terpaksa panjat tangga flight airasia. At first office booked flight MAS utk ibu mengandung cam aku. Memandangkan bos aku sgt budget orgnya, die suruh office cancel dan tuka ke airasia. Sgt sedih. Selamat my hubby sanggup nk temankan panjat tangga flight utk ke KL.

Aku skang dah rase kembang dan berat gila. Berat dah naik 7 kg. Hari2 sakit pinggang. Mana taknya, aku sgt aktif jalan ber km2 kat tempat keja utk pastikan sume pesakit kat ward aku dpt service aku yg the best. Even mak buyung, 1 hari 3 4 kali aku ulang alik dr wad ke farmasi (jarak lebih kurang 1/2 km) utk ambilkan ubat pesakit. Itupun kena gak marah ngan diorang sbb kate lambat. Ish, x berhati perut diorang ni. Tu yg buat aku x sanggup keja kat sini sampai beranak. Dahle umah tingkat 3 tanpe lif. Hari2 naik tangga turun tangga. Takut2 nanti terberanak awal, x sempat turun tangga dah terberanak. Nanti anak aku jadi anak tangga plak. So kawan2, aku balik deliver di melaka lagi 3 minggu. Yayyyy.....

Memandangkan aku nk blk Melaka mase aku 36 weeks nak masuk 37, aku plan utk naik MAS. Harap2 pilot tu nak terima aku. Maklumlah, time tu dah nak term. Bila2 je bole kuar baby aku ni. Abah sanggup temankan aku naik flight sbb dia takut kalo his first cucu nak terkeluar masa dlm flight plak. Yg pro kalo terdeliver dlm flight, my baby dapat tajaan belajar seumur hidup dr MAS. Kan best camtu. Yg kontranye, cukup alat ke aku nak beranak dlm flight? Selamatkah aku? Ish, harap2 x delah jamdi camtu eh. Doakan aku selamat...

p/s: skang dah x leh buat cerita bergambar sbb camera phone aku sudah rosak.

Thursday, March 5, 2009

latest update

Dah 3 bulan x update blog. Mmg aku malas dlm bab tulis menulis, taip menaip termasuklah taip sms. So kalo ade sesape yg sms x berbalas, msg dekat friendster x berjawab, sori sangat2. Mmg dah jd habit lebih suka membebel dekat telefon dari taip2 ni. Antara sbb lain x update blog:
  1. Lupa kata laluan dgn password. Try banyak kali x ingat2 gak. Ini name die penyakit nyanyuk masa pregnant.
  2. Gambar yg banyak dlm phone x transfer2 sbb x install2 software lepas laptop kena virus.
  3. Hari2 balik umah utk makan tido je, jarang layan internet. Dekat office mmg tokleh bukak website blogger.
  4. Akhir sekali, aku mmg pemalas besar. Hahaha...

So, ni aku share sket gambar2 yg bole cerita detik2 penting untuk aku ingat gak nanti. Nama pun moments to remember.


4.12.2008: Dapat kereta baru. On the way pergi ambil kereta baru, kereta kitorang yg lama (satria) accident plak. Tak sempat ambil gambar accident sbb terus hantar bengkel.


13.12.2008: First time bagi talk di peringkat national. Di National Cardiovascular Rehabilitation Programme Conference, Sunway Hotel Penang.

27.12.2008: Family day Bank Muamalat di Santubong Resort. Dapat HP Samsung sbg doorgift dan cake mixer utk cabutan bertuah. Time ni aku dah 4 bulan.

2.1.2009: First time naik sampan di waterfront utk beli udang galah yang masih hidup. Buah tgn utk family di semenanjung.

10.1.2009: Sampai2 umah di Melaka, aku di sambut dengan kereta bapak aku yg dipancitkan ke empat2 tayar oleh budak kampung jiran yg nakal2. Jahat betul diorang ni.

31.1.2009: Jalan2 ke Sematan. 2 jam dari Kuching. Time ni aku dah 5 bulan.


6.2.2009: Family ayah ibu (uncle and auntie aku actually) dan adik lelaki aku dtg melawat kitorang di kuching. Thanx for coming.


13.2.2009 : Farewell party utk Dr Liew Houng Bang. Time ni aku dah 6 bulan. Semakin tembam dan tak boleh nak butang white coat lagi.


14.2.2009: Keluarga mertua pulak datang melawat. Harap2 murah rezeki sbb ramai tetamu walaupun jauh di rantauan.


26.2.2009: Birthday KPF aku (Mr. Tan). Mmg ramai betul pharmacist chinese di SGH ini. Aku antara kaum2 minoriti kat sini.

Sekian, itu sahaja kronologi aku sepanjang 3 bulan x update. Lepas ni aku try update selalu ok.