Sunday, December 14, 2014

Pharmacy Night 2014

Salam semua.. just nak share cerita tentang dinner tempat kerja aku malam tadi. Pharmacy Night yang bertemakan Arabian night. Dan tempat dinner tu di PNB Ilham Resort Port Dickson. Dekat area Tg Tuan. Boleh tahan cantik resort ni. Tp makanan bagi aku so so aje. Huhuhu..

Anak-anak tema merah hitam. Dan Sofea sangat bagus malam tu sebab berjubah dan berselendang ikut tema sampai habis majlis.

My family...

My adik ipar merangkap officemate (yg bertudung tu ye) with my only adik lelaki yang sedaya upaya mengikut tema pak arab.

Siap ade photobooth

With my Sofea, peneman mama sampai majlis hampir habis.

Sofea dan hadiah cabutan bertuah. Alhamdulillah, 2 daripada 6 nombor kitorang dicabut malam tu. Sofea lah orang yg paling excited bila dapat. Kalo tidak memang muka dia macam orang tak puas hati je bila mama dia tak menang apa-apa. Lesson learned, bila depan anak kena usaha lebih untuk lebih proaktif join semua games untuk menang hadiah. Baru anak gembira. Kebetulan nombor bertuah. Kalo tidak anak balik dengan hati kecewa...


Dapat menang kipas. Best3... lagi satu nombor menang set mandian... lupa plak nak amik gambar.. huhuhu..

Gambar akhir...our action for that night!

Saturday, December 13, 2014

Cameron Highland Day 2

Salam semua...aktiviti hari kedua di Cameron Highland bermula seawal pukul 8.30 pagi. Lepas breakfast dengan maggi hotcup. Syok betul bila hari sejuk dapat hirup maggi yg panas2. Best but not so healthy. Hahaha...

Tempat pertama yang dituju ialah Boh Tea Plantation Sungai Palas. Jarak dari hotel kitorang cuma 2km lebih tapi ambil masa 15 minit nak sampai sebab jalan yang sempit kat lereng bukit dan penuh liku-liku. Memang perlukan pemanduan yang penuh hati-hati dan tolak ansur dengan kereta lain. Tapi bila dah sampai tu rasa sangat berbaloi sebab pemandangan kebun teh yang sangat cantik.


Sampai sana kena jalan ke atas untuk pergi ke cafe yang macam tergantung tu dan muzium proses teh. Panjat bukit plak sambil dukung Alyaa yg dah 10kg tu. Fuh, penat.... terus pekena teh boh dan pelbagai desert berasaskan strawberry. Memang layan..


Dalam pukul 10 macam tu kitorang ke EQ Strawberry Farm plak untuk rasa sendiri macamana nak petik strawberry. Tempat ni betul-betul sebelah Copthorne hotel tu. Best tul jalan dekat-dekat je. Untuk bayaran petik strawberry, 3 orang mesti petik 1/2kg iaitu RM30. Memandangkan kami 6 orang, kena petik 1kg strawberry. 


Dah puas petik strawberry, kitorang terus ke hotel semula untuk check out dan akhir sekali ke Kea Farm yang juga bersebelahan dengan hotel. Kat sini kitorang shopping pelbagai jenis sayur dan jagung mutiara untuk dibawa pulang. Tak ingat nak snap picture masa shopping sayur. Terlalu asyik katakan. Hahaha... dalam pukul 1tengah hari kitorang pun bergerak balik ke KL semula. Alhamdulillah, cuaca untuk percutian kali ni sangat baik. Encik husband kata next year boleh pergi lagi. Yeay!!

Sunday, December 7, 2014

Cuti-cuti Cameron Highland - Day 1

Assalamualaikum dan Selamat Hari Isnin semua. Diam tak diam dah hujung tahun dah kita ni ye. 3 minggu je lagi nak masuk tahun 2015. Tahun ni memang sunyi betul blog aku. Walaupun macam2 benda dah jadi. Memang takde semangat dan masa nak update blog. Tapi hari ni gigihkan juga sebab nak cerita tentang cuti-cuti hujung tahun. Sekali lagi pilihan tempat bercuti tahun ni ke utara lah kita... Cameron Highland!

Dekat 6 bulan booking hotel kat Cameron Highland. Memandangkan kitorang ni member Palace Vacation Club, hotel yang jadi pilihan ialah Copthorne Hotel atau dulu dikenali sebagai Equatorial Hotel. Bagi aku sangat strategik sebab dekat dengan Kea Farm, EQ Strawberry dan entrance nak ke Boh Tea Plantation Sg Palas. Lepas ni boleh duk sini lagi. Hehehe..

Perjalanan dari Bangi bermula seawal 7 pagi. Kitorang lalu Simpang Pulai sebab tak nak lalu jalan yang sempit dan berliku. Tak kisah jauh sikit. Sampai Cameron lebih kurang pukul 11 pagi dan tempat pertama yang dituju ialah Green View Garden.
Kat green view garden ni memang kitorang singgah untuk ke toilet dan ambik gambar je. Takde semangat nak shopping pun sebab mahal. 

Lokasi kedua kitorang singgah dekat deretan gerai tepi jalan untuk beli jagung dan ubi keledek yg manis. Tak ingat ape nama tempat tu. Gambar pun lupa nak ambik. Huhuhu... 

Lebih kurang kul 12.30 tgh hari sampailah kitorang di Copthorne Hotel. Oleh sebab  bilik hotel dah ready, terus check in dan berehat kejap. 

Selamat katil king untuk setiap bilik. Bolehlah sumbat 4 orang satu katil. Hehehe..

Dalam pukul 3.30petang kami ke Big Red Strawberry Farm pulak. Just untuk minum2 petang dengan semua makanan yg berasaskan strawberry..

Sundae strawberry yang dah cair baru ingat nak snap gambar.


Jam dah tunjuk kul 5 petang. Perut dah mula lapar sebab tak makan makanan berat lagi.  (Padahal dah macam2 desert masuk perut tapi masih rase cam x puas. Hahaha.mm) Jadi ape lagi, terus kitorang cari dinner steamboat. Kitorang dinner kat Glory 78 Steamboat. Sebelah Hotel De La Fern. Makan ikut berapa pax yg kitorang nak. 1 pax  RM23. Untuk kitorang 1 famili pilih 3 pax dan tambah lagi udang extra 10 ekor. Huhuhu..


Habis dinner, masa untuk berehat di hotel. Sempat menyinggah kat Pasar Malam Brinchang untuk shopping sket. Dapatlah teh Cameron Valley beberapa kotak untuk buat souvenier... Sampai hotel terus kitorang tidur awal lebih kurang pukul 9 malam. Dan cerita seterusnya di Cameron Highland, to be continued...

Saturday, July 5, 2014

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan readers semua. Dah lama tak bersiaran dekat laman sesawang ni. Setengah tahun lamanya. Macam-macam perubahan dalam hidup aku dah berlaku. Perubahan besar ialah tempat kerja dan tentu sekali berpindah rumah juga. Sekarang aku dah tak bekerja dan tinggal lagi di Melaka. Setelah hampir 2 tahun encik hubby berulang-alik dari Melaka ke Seremban ke tempat kerja, akhirnya aku akur untuk isi borang pindah. Isi borang pindah pada awal bulan Februari dan lapor diri di Seremban pada 16hb April. Segalanya pantas berlaku.
Dalam kalut-kalut sibuk dengan proses perpindahan, aku turut sibuk dengan latihan bola tampar Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mewakili negeri Melaka pada 1 Mei. Fuhh....mencabar sungguh. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. 

Bergambar di hadapan rumah tercinta di Melaka sebelum berpindah

Team bola tampar perempuan Melaka

Selfie dulu!!

Jamuan perpisahan peringkat jabatan. Terima kasih kerana sudi meraikan aku buat kali kedua. Boleh refer entry ini. Sebelum ni pindah ke Sarawak, sekarang pindah dekat je Negeri Sembilan.

Farewell peringkat unit plak. Thanx u all.

So, di bulan Ramadhan yang mulia ini aku berharap hijrah aku ke Seremban ini membawa aku ke kehidupan yang lebih baik dan tenang.

Monday, June 30, 2014

Elmira Alyaa latest update

Salam petang ahad. Hari ni nak bercerita tentang Alyaa. Kesian dia... Anak ketiga tak banyak yang mama rajin nak cerita. Bukan dah tak peduli tapi dah agak buzy dengan macam-macam perkara. Last cerita masa umur dia 1 bulan. Diam tak diam skarang Alyaa dah berusia 1 tahun 4 bulan.

Thursday, January 23, 2014

Jalan-jalan utara

Salam semua!! Dah berabuk blog ni. Last entry 6 bulan lalu. Hahaha.. Dah makin takde moments to remember dah untuk 2013. Maklumlah tahun 2013 tahun penuh dugaan. Tu je yang dapat aku simpulkan. Tapi dalam penuh dugaan tu, Allah Maha Pemurah kerana aku dikurniakan lagi seorang puteri pada 27 Februari dan juga pembantu rumah yang hebat memasak untuk menjaga 3 orang anak aku ni pada birthday aku iaitu ujung November yang lalu. Alhamdulillah...

So, sempena pelbagai dugaan yang dihadapi kami sekeluarga pun bercadang cuti-cuti utara pada hujung Disember. Actually percutian ni pun disebabkan cousin husband aku kahwin dekat Perlis. Alang-alang tu sampai ke Penang, Langkawi, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam kami pergi. Dekat seminggu kitorang tinggalkan rumah. Hehehe.. So layankan je lah gambar. Panjang nau kalo nak cerite (baca dengan nada orang Mekaka ye).
First day singgah Penang sebab nak berjanji temu dengan member baik husband, Encik KP


Sebab utama berjanji temu mestilah sebab nak pekena Mi Udang Sungai Dua. Betul2 ho liou!

Stay dekat Hotel Pearl View Seberang Prai. Reasonable harga dengan servis. Boleh check in sini lagi next time kalo datang Penang. Yang tak bestnya ni sebab takde swimming pool je. Yang lain ok.

Anak-anak dara saya selepas breakfast. Perut kenyang hati senang.

Before ke Perlis, kitorang masuk pulau dulu sebab nak jalan-jalan cari makan. Singgah dulu Taman Kota Lama sejam dua.

Anak-anak dara saya muka monyok sebab panas terik tapi dipaksa bergambar. haha..

Tapi bila suruh duduk diam nak lukis potret oklah plak..


Inilah hasilnya.

Yang lain syok pekena aiskrim. Panaslah katakan..

Haa.. ni bergambar sefamili dalam feri on the way balik semula ke seberang. Hiburkan hati naik feri lepas tersangkut dalam jem berejam2 kat dalam pulau tu. Terlepas peluang nak naik Bukit Bendera tau. Makan lunch pun pukul 4 petang. Sabar jelah....

Sampai Perlis pukul 8 malam. Esoknya majlis bersanding dekat dewan sekolah. Before majlis sempat singgah Padang Besar untuk shopping sebakul dua. Masa wedding tu, tak teringat lansung nak ambil gambar pengantin. Sibuk beratur dekat beraneka gerai ibarat pasar malam untuk makan lauk kenduri kawin. Ada nasi berlauk, mi goreng, kuey teow goreng, apam balik, pisang goreng, memacam lagilah. Yang paling laku tentunya kambing golek. Mewah betul. Terlupa kejap yang aku ni actually datang kenduri kawin. Hehehe.. Sungguh unik!

Peace... Kenangan sebelum naik feri dari Kuala Perlis nak ke Langkawi.

Dah sampai Langkawi. Singgah jap solat dekat Petronas. Tak ingat nama tempat ni.



Ni dekat Gunung Mat Cincang. Nak try naik cable car. Alyaa, dah sedap tido dalam wrap tu.


2 jejaka tersenyum riang sambil buat-buat berani dalam cable car.

Akhirnya, kami sekeluarga sampai kat atas 700 meter dari paras laut.

Yeay!!

Haaa, ni dekat underwater world. Lepas naik cable car terus datang sini. Nasib baik tak tutup lagi...

Esoknya, awal pagi kitorang dah gerak ke pekan Kuah untuk shopping coklat before balik. Feri ke Kuala Perlis pukul 12 tgh hari. Sebab dah puas sangat jalan, petang tu jugak kitorang gerak balik Melaka. Alhamdulillah, gerak dari Perlis pukul 4 petang 31 Disember 2013, sampai Melaka tahun berikutnya. Pukul 1 pagi 1 Januari 2014. Hehehehe....

- Posted using BlogPress from my iPhone